Jumaat, 6 Julai 2012

mStar Online : Sukan

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

mStar Online : Sukan


Jadual Perlawanan Akhir Wanita Kejohanan Tenis Wimbledon, Sabtu

Posted:

   

Published: Sabtu Julai 7, 2012 MYT 2:34:00 PM

Jadual Perlawanan Akhir Wanita Kejohanan Tenis Wimbledon, Sabtu

BERIKUT adalah jadual perlawanan akhir Kejohanan Tenis Wimbledon, London, Sabtu:

Serena Williams (Amerika Syarikat) lwn Aznieszka Radwanska (Poland)

 

Sukma 2012: Olahraga Lubuk Emas Atlet Kelantan

Posted:

KUANTAN: Kontinjen Kelantan yakin mampu meraih sekurang-kurangnya lima pingat emas menerusi acara olahraga di Temasya SukanMalaysia (SUKMA) yang bermula secara rasminya ,Sabtu.

Ketua kontinjen Kelantan Zahari Zakaria berkata keyakinan tersebut diletakkan berdasarkan pengalaman yang ada pada 15 orang atletnya yang sebahagian besar terdiri daripada atlet pelapis kebangsaan.

"Kita yakin mampu mencapai sasaran tersebut kerana mempunyai atlet yang berpengalaman berbanding skuad olahraga negeri lain.

"Namun pada masa yang sama kita tidak memandang rendah kepada keupayaan atlet olahraga dari negeri lain," katanya.

Acara olahraga akan bermula pada Selasa ini di Stadium Darul Makmur melibatkan 23 acara yang menawarkan 135 pingat iaitu 45 pingat emas, 45 perak dan 45 gangsa.

Zahari berkata selain acara olahraga tumpuan pingat bagi kontinjen Kelantan turut disandarkan kepada acara tinju.

Pada edisi kali ini, Kelantan menghantar kontinjen dengan kekuatan 331 atlet dan pegawai dengan sasaran 16 pingat emas.-BERNAMA

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Atmosfera angkasa lepas dalam restoran

Posted:

Atmosfera angkasa lepas dalam restoran

SESUAI dengan namanya, restoran berputar yang berada pada ketinggian 282 meter di puncak Menara Kuala Lumpur, Atmosphere 360 menampilkan 99 peratus pembaharuan selepas Asian Kitchen (M) Sdn. Bhd. mengambil alih pengurusan restoran itu sejak pertengahan tahun lalu.

Diberi jenama baharu iaitu Atmosphere 360, makan malam di puncak menara bersaksikan pemandangan ibu kota kosmopolitan Kuala Lumpur ternyata berbeza sama sekali berbanding menikmati sajian di restoran lain.

Dengan konsep dan dekorasi lebih futuristik ia pasti mempesona setiap mata yang memandang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Asian Kitchen (M) Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Sabri Mohd. Nadzir, pembaharuan Atmosphere 360 merangkumi rekaan dalaman, pemilihan tema, pencahayaan dan barisan chef yang mencipta magis di Atmosphere 360.

"Kontrak pengurusan restoran ini diterima Ogos tahun lalu dan proses pengubahsuaian dan renovasi dilakukan hanya dalam masa enam minggu.

"Boleh dikatakan, semua yang bakal anda lihat dalam Atmosphere 360 adalah 99 peratus baharu," katanya semasa sesi temu bual di Atmosphere 360 baru-baru ini.

Jelas Mohd. Sabri, masih ramai yang tidak tahu bahawa restoran berputar di Menara Kuala Lumpur yang dahulunya dikenali sebagai Restoran Berputar Seri Angkasa sudah bertukar pengurusan dan mengalami pembaharuan sepenuhnya.

Atmosphere 360 kini mempunyai enam orang chef yang mempunyai kepakaran masakan berbeza dan mempunyai dapur masing-masing seperti pakar dalam masakan tradisional Melayu, Asia Barat, pastri dan kek selain masakan Jepun dan Cina.

Elemen baharu

"Gabungan elemen-elemen baharu dalam perkhidmatan Atmosphere 360 menjadi satu kombinasi yang memenuhi tema restoran ini iaitu Feel Good, Taste Good, See You at The Top," katanya.

MOHD. ZAIN memperkenalkan hidangan signatur Atmosphere 360 seperti ekor lembu asam pedas dan patin masak tempoyak.


Beliau mahu setiap pelanggan yang berkunjung ke Atmosphere 360 merasai pengalaman menarik dan indah untuk dikongsikan dengan orang lain.

"Restoran ini dicipta mengambil inspirasi sebuah kapal angkasa. Ia lengkap dengan pencahayaan dan pemandangan yang indah dan gentian optik lampu siling seperti gugusan bintang.

"Di dinding restoran pula, terdapat banyak gambar berkaitan angkasa lepas yang dibeli daripada pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan mendapat rujukan daripada ahli astronomi sebelum dipamerkan," katanya.

Mungkin ramai yang takut berkunjung ke Atmosphere 360 kerana menganggap harganya mahal, namun Mohd. Sabri memberitahu, pengunjung boleh datang mengikut masa-masa tertentu mengikut pakej harga hidangan yang ditawarkan.

Menu istimewa

Selain menyediakan hidangan makan malam secara bufet, pada masa Atmosphere 360 menawarkan bufet makan tengah hari, minum tengah hari, minum petang dan minum malam, koktel serta ala carte.

"Hidangan bufet untuk makan tengah hari adalah RM88 bagi dewasa dan RM68 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, manakala minum tengah hari berharga RM58 untuk dewasa dan RM48 bagi kanak-kanak.

MENJAMU selera di ketinggian 282 meter di puncak Menara Kuala Lumpur satu pengalaman menarik.


"Harga untuk hidangan minum petang pula adalah RM68 bagi dewasa dan RM48 bagi kanak-kanak, manakala makan malam bufet adalah RM198 bagi dewasa dan RM138 untuk kanak-kanak," katanya.

Pengunjung juga berpeluang menikmati hidangan istimewa serawa durian dan pankek durian yang disajikan secara ala carte.

"Hidangan ini amat laris dan sentiasa habis kerana rakyat Malaysia sememangnya menggemari raja buah itu," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Sabri memberitahu, Atmosphere 360 turut mengadakan promosi makan malam lewat dan minum malam bertemakan hidangan Asia Barat yang bermula pukul 11 malam hingga 2 pagi.

"Promosi ini diadakan bermula bulan Jun lalu hingga Ogos 2012 kerana pada masa sekarang ramai pelancong dari Asia Barat melancong ke Kuala Lumpur dan datang ke Menara Kuala Lumpur.

"Mereka mempunyai budaya makan malam lewat, justeru kami mewujudkan promosi ini bagi mengalu-alukan kedatangan mereka dan pengunjung yang gemar bersantai pada lewat malam," katanya sambil memberitahu 80 peratus pengunjung terdiri daripada pelancong.

SEBANYAK 99 peratus kelainan ditawarkan Atmosphere 360 merangkumi set meja makan, pencahayaan, dekorasi dan tema.


Bagaimanapun katanya, beliau menggalakkan mereka yang berminat datang ke Atmosphere 360 supaya membuat tempahan awal lebih-lebih lagi pada hujung minggu.

"Sempena pengubahsuaian yang diadakan sebelum pembukaan restoran ini, kami telah mengehadkan tempat duduk sebanyak 250 tempat sahaja berbanding 300 sebelum ini bagi memberi lebih privasi kepada pengunjung.

"Disebabkan itu, kami tidak mahu ada pengunjung yang bersusah payah datang ke sini terpaksa menunggu lama dan akhirnya membuat keputusan untuk beredar kerana lewat mendapat tempat," katanya.

Berita Harian: Nasional

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Berita Harian: Nasional


Pegawai SPRM kena 13 tahun, denda RM2.3j

Posted: 06 Jul 2012 04:56 PM PDT

Shah Alam: Akibat menerima rasuah RM5,000, seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didenda RM2.275 juta dan dihukum penjara 13 tahun.

Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, M Mohan, dijatuhkan hukuman itu oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan rasuah berhubung siasatan kes seorang suspek tiga tahun lalu. Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mohan, 39, dihukum penjara 13 tahun dan denda RM1.25 juta bagi tuduhan pertama, 13 tahun dan denda RM1 juta tuduhan kedua dan penjara 13 tahun dan denda RM25,000 tuduhan ketiga. Semua hukuman penjara berjalan secara serentak.

Bagi tuduhan pertama, Mohan dituduh meminta suapan RM250,000 daripada A Sinnaiah, 48, sebagai dorongan tidak meneruskan siasatan terhadap Sinnaiah yang disyaki melakukan rasuah.

Tuduhan kedua adalah secara rasuah setuju menerima suapan wang tunai RM200,000 sebagai dorongan melakukan perkara yang sama. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat SPRM Tingkat 14, Plaza Masalam di sini antara jam 11 pagi dan 1 tengah hari 22 Oktober 2009.

Tuduhan ketiga memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai RM5,000 daripada Sinnaiah di Restoran Sri Pandi Corner, Pandan Indah Ampang, antara jam 11 pagi dan 12 tengah hari, 25 Oktober 2009.
Hakim membenarkan penangguhan hukuman penjara, sementara menunggu rayuan didengar di Mahkamah Tinggi dan meningkatkan jaminan daripada RM7,000 kepada RM50,000.

Bagi setiap tuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 24 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Nik Azrin Zairin Nik Abdullah, manakala Mohan diwakili peguam R Ratha Krishnan. Seramai 23 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan tampil memberi keterangan bermula 23 Ogos 2010.

INFO

Hukuman 3 tuduhan

- 13 tahun dan denda RM1.25 juta bagi tuduhan pertama.
- 13 tahun dan denda RM1 juta tuduhan kedua.
- 13 tahun dan denda RM25,000 tuduhan ketiga.

Pesatkan lagi pelancongan

Posted: 06 Jul 2012 04:50 PM PDT

Malaysia mesti pro aktif hadapi saingi sengit negara jiran

Sektor pelancongan Malaysia perlu dikembangkan dengan lebih pesat dalam menghadapi persaingan sengit negara jiran. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Pertubuhan Pelancongan Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) mengumumkan Malaysia kini di tempat kesembilan dalam ketibaan pelancong dan ke-14 dari segi pendapatan sektor itu di dunia.
"Kita hendaklah berusaha supaya tidak tercicir kepada pesaing, kekal dalam memenuhi sasaran sektor itu seperti digariskan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

"Kita perlu memastikan peningkatan pendapatan industri pelancongan dan memastikan pelancong tinggal lebih lama dalam negara dengan perbelanjaan yang meningkat.

"Matlamat itu ditetapkan dalam 13 projek permulaan di bawah Rancangan Pembangunan Transformasi Pelancongan meliputi keupayaan yang mewah, menyeronokkan keluarga, pengembaraan alam semula jadi, pelancongan perniagaan serta acara antarabangsa tersenarai dalam kalendar sukan.

"Sektor pelancongan memberi kesan besar kepada ekonomi negara dan taraf hidup rakyat.
"Malaysia dalam konteks ini tidak boleh terkecuali meningkatkan prasarana pelancongan supaya lebih berdaya saing dan berjaya mengatasi pesaing," katanya kepada media Malaysia, di sini semalam.

Terdahulu beliau mendengar sesi taklimat pelancongan Bali bertema 'Strategi dan Perencanaan Jangka Panjang Untuk Pembangunan Pelancongan di Bali' yang disampaikan Pengarah Pelancongan Bali, Ida Bagus Kade Subhiksu.

Muhyiddin diiringi Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan; Pengarah Pelancongan Malaysia di Jakarta, Nor Aznan Sulaiman dan Pengarah Pendidikan Malaysia di Jakarta, Prof Dr Juzhar Jusoh.

Memetik Bali sebagai pasaran pelancongan yang semakin kompetitif, Muhyiddin berkata, Malaysia juga boleh belajar daripada pengalaman negara lain dalam mengekal dan meningkatkan daya tarikan pelancongan.

HARAKAH World

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

HARAKAH World


Egyptian court reverses ban on bearded officers

Posted: 06 Jul 2012 06:38 AM PDT

Written by Egypt Independent  

Friday, 06 July 2012 21:38

ALEXANDRIA, Jul 6: The Alexandria Administrative Court in Egypt ruled Thursday that the Interior Ministry must reinstate bearded police officers to their posts after the Interior Ministry issued a decision in March that bearded officers should be taken off active duty.  

FORCED TO SHAVE? ... Egyptian policemen can now let their chin hair grow

This comes after a ruling the Alexandria court made in May that would allow police officers to wear beards, despite existing regulations that held otherwise. Since then, Alexandria and Cairo courts have disputed the issue.

The Alexandria Administrative Court said that officers should only be taken off active duty if they are found to commit an act of such gravity that it is necessary to immediately remove him without first following normal disciplinary procedures.

A major in Alexandria's Al-Hadra prison had filed a lawsuit demanding to reverse the interior minister's decision to demote him due to his beard. The officer contended that growing his beard does not contradict rules regarding the general appearance of officers.

The Interior Ministry had decided that the officer was in violation of regulations regarding police officers' appearance and uniforms, which hold that they may not grow beards or long hair.

Administrative judiciary circuits in Alexandria, Beheira and Tanta have all ruled against the Interior Ministry's decision, while the Cairo Administrative Court upheld the ministry's decision on Wednesday. The Supreme Administrative Court will review all of the verdicts and make a final ruling on the issue.

Top Turkish Muslim scholar visits Greek Orthodox patriarchate

Posted: 06 Jul 2012 02:43 AM PDT

Written by Today's Zaman  

Friday, 06 July 2012 17:43

ISTANBUL, Jul 6: Turkey's Religious Affairs Directorate president Mehmet Görmez paid a visit to Ecumenical Patriarch Bartholomew I on Thursday at the İstanbul-based Fener Greek Orthodox Patriarchate.

ONE GOD ... Mehmet Görmez presents a gift bearing the 'Allah' calligraphy to patriarch Bartholomew I

Görmez thanked the patriarch for the warm welcome and said followers of both religions have lived together for centuries. The Muslim leader also expressed a wish for warm relations between all segments of society.

Bartholomew also expressed his best wishes to Muslims on the Night of Forgiveness (Berat Kandili in Turkish or 'Nisfu Sha'aban') and for Ramadan and Eid al-Fitr in advance of the holiday for Muslims across the world.

The meeting is considered especially important as Görmez is only the second head of the Religious Affairs Directorate to visit Greek Orthodox Patriarch Bartholomew. The patriarch had congratulated Görmez on his appointment as chief of the directorate in 2011 and invited him to the patriarchate.

mStar Online : Luar Negara

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

mStar Online : Luar Negara


Helikopter Dengan Tiga Penumpang Hilang Di PNG

Posted:

SYDNEY: Sebuah helikopter dengan dua penumpang rakyat Australia dan seorang rakyat New Zealand pada Sabtu, telah hilang di tanah tinggi Papua New Guinea (PNG), menurut operator.

Hevilift, syarikat yang mengendalikan pengangkutan udara yang berpangkalan di Singapura untuk tujuan perlombongan dan tenaga, berkata Bell 206 Bell telah hilang pada petang Jumaat di kawasan pergunungan Southern Highlands dengan tiga pekerja di atas kapal.

"Carian udara serta-merta telah dimulakan oleh Hevilift dengan semua pesawat yang ada meneruskan carian pagi ini," kata Hevilift.

"Pesawat itu masih belum ditemui dan pencarian masih diteruskan."

Pegawai penerbangan di PNG berkata helikopter itu telah hilang selepas ia terbang dari tapak projek InterOil ke Mount Hagen, dan di dalamnya terdapat dua warga Australia dan seorang warga New Zealand.

"Pada masa ini kita tidak tahu status ketiga-tiganya," termasuk juruterbang, seorang jurucakap dari pihak berkuasa penerbangan awam memberitahu Australian Associated Press.

Pejabat asing Australia berkata pihaknya "menyedari laporan sebuah helikopter yang hilang di Papua New Guinea dengan 2 warga Australia dalam pesawat pada petang 6 Julai".

"Kami juga faham orang yang ketiga adalah dari New Zealand," kata jurucakap pejabat asing kepada AFP.

AS Tingkatkan Status Afghanistan Untuk Mudahkan Peroleh Kelengkapan Pertahanan

Posted:

   

Sabtu Julai 7, 2012

AS Tingkatkan Status Afghanistan Untuk Mudahkan Peroleh Kelengkapan Pertahanan

KABUL: Amerika Syarikat (AS) telah menamakan Afghanistan sebagai "sekutu utama bukan-NATO", status yang akan memudahkan kerajaan Afghanistan untuk memperoleh kelengkapan pertahanan AS , pegawai AS berkata pada Sabtu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton mengumumkan keputusan rasmi yang dibuat oleh Presiden Barack Obama semasa lawatan ke Afghanistan yang tidak diberitahu menjelang persidangan di Tokyo.

 

Berita Utama

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Berita Utama


Kempen 714: Demonstrasi aman bantah Lynas

Posted: 06 Jul 2012 07:56 PM PDT

KUALA LUMPUR: Save Malaysia Top Lynas (SMSL) akan menganjurkan demonstrasi aman pada 14 Julai ini bagi membantah operasi kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

Demostrasi kempen 714 itu akan diadakan serentak di 30 lokasi terpilih di seluruh negara.

Jelas Pengerusi SMSL, Tan Bun Teet pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur, semalam sudah sampai masanya kerajaan perlu tahu bahawa Lynas bukan hanya melibatkan kepentingan orang Kuantan tetapi seluruh rakyat negara ini.

"Kita ingin perjelaskan kepada kerajaan isu Lynas ini bukan hanya tertumpu kepada masyarakat Kuantan tetapi juga seluruh rakyat negara ini bahawa bahayanya kesan radioaktif.

"Kempen ini juga menunjukkan bahawa rakyat menentang keras pembinaan Lynas itu," katanya.

Tambahnya lagi, perhimpunan selama satu jam setengah itu akan bermula pada jam 5 petang.

"Lokasi di Kuantan kita telah memilih untuk berkumpul di Bukit Roga dan selepas itu kita akan mendaki bukit berkenaan.

"Setelah mendaki setiap peserta akan mengundi sama ada menyokong Lynas atau menentang, kita akan mengumumkan pihak mana yang menang berdasarkan pengundian tersebut," katanya lagi.

Menurutnya, ini merupakan satu simbolik dan juga isyarat kepada kerajaan bahawa kuasa yang akan menentukan kemenangan kepada sesebuah parti itu terletak pada tangan rakyat.

Tan Bun Teet juga menegaskan bahawa kumpulan SMSL akan menyokong kumpulan yang berjaya menghentikan Lynas tanpa mengambil kira latar belakang politik.

"Kita akan menghantar surat jemputan kepada pemimpin parti politik untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut," ujarnya lagi.

Kempen 714 itu mensasarkan antara 15,000 hingga 20,000 orang akan mengikut demonstrasi untuk ke semua lokasi.

Antara lokasi yang dipilih ialah, Pahang: Kuantan, Temerloh, Jerantut, Raub, Sri Jaya, Triang.

Terengganu: Kuala Terengganu.

Kelantan: Kota Bharu.

Pulau Pinang: Pulau Pinang.

Perak: Ipoh, Kampar, Bukit Merah.

Selangor: Cheras Mahkota, Rawang.

Melaka: Melaka.

Negeri Sembilan: Seremban, Air Itam.

Johor: Segamat, Pengerang, Batu Pahat, Jementah, Tangkak, Simpang Renggam, Kluang, Kulai, Bekok, Yong Peng, Johor Bahru, Labis, Muar.

Sabah: Kota Kinabalu.

Australia: Perth, Sydney, Melbourne.

Abby berhasrat sertai demo bebas tahanan ISA esok

Posted: 06 Jul 2012 06:43 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bebarapa minit sebelum berakhirnya program, Abby Abadi telah menyatakan hasratnya untuk menyertai protes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menuntut  pembebasan 45 tahanan ISA pada 8 Julai ini di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta).

"Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA, entah kenapa malam ini hati saya tergerak untuk bersama-sama dengan rakyat turun berhimpun bagi menuntut secebis keadilan," ujar Abby lagi.

Beliau menyatakan demikian pada forum yang diadakan di pekarangan Tapak Pekan Selasa, Batu Kurau anjuran PAS Kawasan Larut, lapor laman web Persepsi Kita Berbeza.

Sumber: http://persepsikitaberbeza.blogspot.com/2012/07/saya-akan-sertai-protes-menuntut.html

Last Updated on Sabtu, 07 Jul 2012 03:16

mStar Online : Berita

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

mStar Online : Berita


RON95 Tidak Boleh Diturun Sewenang-wenang: Ismail Sabri

Posted:

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh sewenang-wenang menurunkan harga petrol RON95 walaupun harga minyak mentah menurun di pasaran dunia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan perlu melakukan kajian sebelum mengambil keputusan untuk menurunkan harga minyak petrol RON95 kerana ia merupakan bahan bakar bersubsidi.

"Penurunan harga minyak petrol RON95 adalah tertakluk kepada penurunan harga minyak di dunia. Namun, kerajaan hanya dapat melaksanakan penurunan harga minyak RON95 sekiranya tanggungan subsidi oleh kerajaan mencapai tahap kosong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Francais Antarabangsa Malaysia 2012 (FIM2012) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Jumaat.

Harga petrol RON95 dijual pada RM1.90 seliter selepas subsidi kerajaan sebanyak 53 sen seliter.

Ismail Sabri berkata sehingga kini, kerajaan menanggung subsidi untuk RON95 sebanyak RM6.6 bilion.

Katanya, kerajaan mampu menurunkan harga petrol RON97 susulan penurunan harga minyak mentah dunia kerana harga RON97 tidak disubsidi tetapi ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran dunia.

"Saya harap rakyat faham bahawa harga RON97 turun tidak bermakna harga RON95 juga turun," katanya.

Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa 5 Julai.

Mengulas mengenai janji Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengurangkan minyak petroleum sekiranya pembangkang menawan Putrajaya, Ismail Sabri berkata: "Dia boleh janji apa saja. Jadi, janji memang senang, dan janji cakap semua percuma pun boleh". - BERNAMA

Sektor Pelancongan Malaysia Perlu Dimajukan Untuk Hadapi Persaingan - Muhyiddin

Posted:

NUSA DUA (BALI): Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sektor pelancongan Malaysia perlu dikembangkan dengan lebih pesat dalam menghadapi persaingan sengit daripada negara-negara serantau.

Beliau berkata berkata kejayaan Malaysia berada di kedudukan kesembilan di dunia daripada segi kedatangan pelancong asing pada tahun lepas harus diiringi dengan kerja keras untuk meningkatkan pencapaiannya pada tahun-tahun mendatang.

Muhyiddin berkata ini kerana negara lain turut memberi tumpuan kepada kemajuan sektor itu sebagai salah satu penyumbang penting kepada sumber pendapatan ekonomi negara.

"Sektor pelancongan memberi kesan yang besar terhadap ekonomi dan taraf hidup rakyat. Malaysia dalam konteks ini tidak boleh terkecuali (untuk meningkatkan persaingan)," katanya kepada media Malaysia di sini Jumaat.

Muhyiddin, yang sedang dalam rangka lawatan enam hari ke Indonesia, sebelum itu menghadiri taklimat pelancongan oleh Lembaga Pelancongan Bali, yang disampaikan oleh Pengarahnya Ida Bagus Kade Subhiksu.

Sektor pelancongan Malaysia kini merupakan penyumbang ketujuh kepada ekonomi negara dan pada tahun lepas sejumlah 24 juta pelancong yang melawat Malaysia telah membelanjakan sejumlah RM58.3 bilion.

Muhyiddin berkata pengembangan sektor pelancongan Malaysia harus dilandaskan kepada Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) yang menyasarkan peningkatan dalam tempoh penginapan dan jumlah perbelanjaan oleh pelancong.

Tumpuan ialah kepada 13 projek permulaan yang telah digariskan di bawah Plan Transformasi Pelancongan Negara yang meliputi keupayaan mewah, pelancongan berkeluarga, pelancongan alam semulajadi, pakej perniagaan pelancongan dan penganjuran acara antarabangsa seperti acara sukan.

Mengikut Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), industri pelancongan Malaysia dijangka menyumbang RM103.6 billion kepada pendapatan kasar negara, dengan sasaran 36 juta pelancong menjelang tahun 2020.

Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia boleh mencontohi kemajuan yang dicapai oleh negara-negara lain dalam sektor pelancongan, sebagaimana yang sedang dimajukan oleh Lembaga Pelancongan Bali.

Berdasarkan data sehingga Mei lepas, Bali menerima sejumlah 70,000 pelancong dari Malaysia daripada sejumlah 1.3 juta pelancong keseluruhannya dalam tempoh itu.

Jumlah kedatangan pelancong ke Bali dijangka dapat ditingkatkan dengan pesat melalui projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, yang akan membolehkannya mengendalikan sejumlah 24 juta penumpang setahun, berbanding kapasita 12 juta penumpang pada masa ini. - BERNAMA

Berita Harian: Agama

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Berita Harian: Agama


Sombong jejas keharmonian

Posted: 06 Jul 2012 05:16 PM PDT

Kesopanan melahirkan pekerja sensitif terhadap keperluan perkhidmatan

Apabila meneliti surah al-Furqan dari ayat 63 hingga 77, Allah SWT menyenaraikan ciri-ciri akhlak hamba-Nya yang baik lagi beriman yang berhak untuk mendapat balasan baik daripada-Nya. Panduan daripada al-Quran ini amat berguna untuk dihayati dan dijadikan amalan untuk melonjakkan mutu perkhidmatan dan kerja seharian. Ciri pertama yang disebut dalam ayat itu ialah sifat sopan dan tidak sombong.
Firman Allah bermaksud: "Dan hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati; dan apabila orang jahil menyapa mereka, maka mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan." – Al-Furqan ayat 63)

Menurut Ahmad Mustafa al-Maraghi dalam tafsirnya, perkataan al-Haun bermaksud halus, lembut iaitu mereka berjalan dengan tenang dan sopan bukan dengan kesombongan. Justeru, yang mendapat rahmat Allah adalah insan yang tawaduk bukan takbur.

Jika dalam memberikan perkhidmatan, kesombongan boleh menyebabkan pekerja cenderung untuk tidak peduli, menghargai orang lain dan lebih mengutamakan diri sendiri. Jika sikap ini dibawa dalam alam bekerja, sudah tentu ia tidak akan membuahkan hasil kerja disenangi rakan dan pelanggan.

Apatah lagi jika bertugas di bahagian kaunter. Mereka yang memiliki sifat ini akan terdorong untuk tidak mengendahkan pertanyaan, aduan dan keperluan pelanggan. Mereka ini perlu dielakkan daripada ditugaskan di bahagian perkhidmatan kaunter jika sikap ini tidak berjaya dilentur.
Ia bukan saja akan menimbulkan masalah dan ketidakpuasan hati dalam kalangan pelanggan, juga akan memburukkan keseluruhan imej organisasi.

Jika seorang pengurus atasan pula memiliki sikap kesombongan diri, ia cenderung antara lain bersifat ego dengan tidak mudah menerima pandangan dan teguran dari pihak bawahan atau sesuatu keputusan yang tidak menepati kehendaknya walaupun telah dipersetujui ramai.

Sombong jejas keharmonian

Begitulah besarnya kesan kesombongan yang hanya ada pada diri seorang pekerja jika tidak segera ditangani sekali gus menyebabkan suasana dalam organisasi tidak harmoni dan saling menghormati.

Peringatan Lukman al-Hakim bermaksud: "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri." (Surah Lukman, ayat 18)

Ciri ibad al-Rahman seterusnya ialah apabila disapa dengan perkataan buruk oleh mereka yang jahil, mereka tidak membalasnya dengan perkataan serupa tetapi memberi kemaafan dan hanya berkata dengan perkataan yang baik.

Latih sifat tenang

Sering kali terjadi pelanggan yang marah dan tidak berpuas hati mengeluarkan kata-kata kesat. Namun, pekerja sering dilatih untuk bersifat tenang dan tidak membalasnya dengan kekasaran. Mereka dilatih memberikan layanan baik dan mengawal diri berdepan kerenah pelanggan.

Daripada Saidatina Aishah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya lemah lembut dalam segala sesuatu akan dikira sebagai amal baik oleh Allah dan orang yang tidak berlemah lembut akan dicerca." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Kesopanan juga akan melahirkan pekerja yang sensitif iaitu peka terhadap keperluan perkhidmatan serta dengan mudah dapat merasakan apa diinginkan pelanggan. Sifat sensitif ini adalah akhlak terpuji.

Rasulullah SAW yang diutuskan mempunyai sifat sangat mengasihi dan sangat menginginkan kebaikan dan melindungi umat Baginda. Justeru, memupuknya dalam diri serta mengamalkannya adalah akhlak terpuji sekali gus akan memajukan rasa tanggungjawab terhadap amanah organisasi.

Sifat sopan dan tidak sombong ini sangat mulia dalam setiap tindak tanduk dan amat penting untuk dijadikan prinsip dalam pengurusan semasa memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Nilai ini telah dijadikan satu daripada amalan nilai 8S yang disenaraikan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ketika berurusan dengan pelanggan untuk diamalkan dalam perkhidmatan.

Kedua-dua nilai amalan menunjukkan sikap menghormati serta prihatin terhadap keperluan pelanggan sesuai dengan teras perkhidmatan untuk berusaha mengikis sikap mementingkan diri serta berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan.

Penulis ialah pensyarah di Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)

Jangan kufur nikmat

Posted: 06 Jul 2012 05:14 PM PDT

Umat Islam mesti bersyukur setiap kurniaan Ilahi

Dikisahkan pada suatu hari Rasulullah SAW keluar dari rumah pergi ke sesuatu tempat. Di tengah jalan, baginda bertemu dengan Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Saidina Umar bin al-Khattab lalu bertanya, kenapa mereka berdua keluar rumah. Saidina Abu Bakar dan Umar menjawab: "Tak ada sebab yang membuat kami keluar dari rumah selain daripada rasa lapar. Rasulullah SAW sendiri keluar rumah kerana lapar. Lalu, baginda SAW mengajak dua sahabatnya itu mengunjungi rumah seorang sahabat bernama Abu Ayyub al-Ansari. Sebagai tuan rumah, Abu Ayyub, berasa sangat gembira dengan kedatangan tetamu istimewa yang dihormatinya itu.
Abu Ayyub menghidangkan roti, daging, kurma basah dan tamar kering. Selepas mereka menikmati hidangan itu, Nabi SAW dengan mata yang berkaca-kaca, lalu bersabda: Kenikmatan yang dirasai ini akan ditanya oleh Allah SWT kelak pada Hari Kiamat." (Hadis riwayat Muslim, Tabrani dan Baihaqi)

Kisah ini memberi pengajaran kepada kita kewajipan bersyukur kerana dengan syukur dan mengingati Allah yang memberi nikmat, aktiviti seharian yang nampaknya begitu mudah dan rutin, akan bertukar menjadi amal ibadah.

Jika kenikmatan kecil dan nampak biasa saja seperti makan minum sudah wajib disyukuri, bagaimana pula dengan kenikmatan besar seperti nikmat iman, kesihatan dan kekayaan yang melimpah ruah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya." (Surah al-Dhuha, ayat 11)
Menurut pakar tafsir terkenal, al-Raghib al-Isfahani, syukur bermaksud mengerti dan menyedari nikmat, lalu menzahirkannya melalui zakat, infak, dan sedekah. Syukur juga bererti mempergunakan dan memanfaatkan nikmat sesuai dengan tujuan diberikan nikmat itu.

Oleh itu, pemberian prasarana dan kemudahan asas untuk pelaksanaan tugas, tidak boleh diselewengkan demi kepentingan peribadi atau kehendak golongan tertentu. Ini salah satu daripada bentuk kekufuran terhadap nikmat Ilahi.

Syukur juga bermakna mengembangkan nikmat dan potensi baik supaya tumbuh subur, berkembang dengan lebih produktif. Maka, sikap pencerobohan dan pemusnahan terhadap kekayaan alam sekitar dan budaya juga satu bentuk kekufuran terhadap nikmat Allah SWT.

Amalan syukur berbeza sama sekali dengan kufur yang bererti menutup. Orang yang tidak bersyukur dianggap sebagai orang yang kufur nikmat kerana dia tidak ikhlas mengakui, apatah lagi menghargai nikmat Allah yang diperolehnya.

Tidak memuji Allah, malah amat jauh sekali untuk memanfaatkan nikmat itu untuk jalan kebajikan.

Orang yang tidak bersyukur akan berusaha menutupi limpahan nikmat yang diperoleh di samping membataskan cara bersyukur sekadar ucapan lidah yang tidak berbekas di jiwa.

Seorang Muslim yang bersyukur adalah seorang yang mengakui secara ikhlas dan menghargai dengan penuh keinsafan semua nikmat kurniaan Ilahi Yang Maha Pemurah, berbaik sangka pada setiap ujian dan musibah Allah yang terhampar di sepanjang perjalanan hidupnya.

Kenyataannya, tidak semua orang pandai bersyukur. Menurut Imam al-Ghazali, untuk menjadi manusia yang sentiasa bersyukur, setiap Muslim seharusnya sedar semua anugerah dan nikmat dimiliki itu sebenarnya daripada Allah SWT.

Personaliti seperti Qarun menjadi kufur kerana dia berasakan semua kekayaan diperoleh melalui usaha dan kehebatannya sendiri.

Ketika ditanya mengenai kekayaannya, Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah membinasakan sebelumnya, dari umat yang lalu, orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? Dan (ingatlah) orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya mengenai dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya)." (Surah al-Qasas, ayat 78)

Harian Metro: Hati

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Harian Metro: Hati


Kelainan dalam setiap rekaan

Posted: 06 Jul 2012 09:14 AM PDT

MANIS melangkah dengan persalinan indah bagaikan puteri menjadi idaman setiap bakal pengantin. Sejambak bunga di tangan, hiasan sanggul atau selendang dapat menambah tarikan pada raja sehari untuk tampil anggun pada hari bahagia.

Penampilan manis mempelai ditambah dengan persalinan busana beralun tampak menawan di hadapan tetamu.

Memilih tema tradisional, moden mahupun vintaj, rekaan terkini yang ditampilkan masih mengekalkan keunikan dan keindahan busana pengantin dahulu kala.

Namun dengan sedikit sentuhan kreatif dan terkini, busana pengantin yang ditampilkan butik Buttonmybuttons di pentas peragaan ini tampak unik.


Mendapat sentuhan kreatif daripada perekanya, Shahida Shariff yang banyak menggunakan elemen perincian dan hiasan tambahan, ia menonjolkan kelainan untuk setiap rekaannya.


Bermula daripada gaun, kebaya dan koleksi potongan moden, semuanya menerima perubahan dengan menambah perincian menarik untuk tampil berlainan pada hari bahagia.

Dipersembahkan di atas pentas peragaan di WhiteBox, Map Publika, Damansara dengan iringan muzik mendamaikan, semua koleksi diperagakan tampak segar dan memberi ilham baru kepada busana pengantin terkini.

Menariknya, rekaan daripada butik Buttonmybuttons itu menitikberatkan elemen reben pada koleksi anggun untuk pengantin perempuan tampil eksklusif di hadapan tetamu yang hadir.

Tambah menarik apabila pereka tempatan yang mempunyai rekaan kreatif ini menggunakan perincian butang pada gaun atau kebaya sebagai lambang penting jenama itu.

Bagi bakal pengantin yang inginkan kelainan, kehadiran rekaan busana moden bersama kain berlapis atau bertingkat memberi inspirasi kreatif ketika melangkah.

Penggunaan fabrik renda dan satin juga memberi keyakinan kepada pengantin perempuan untuk terus tampil yakin dan bergaya pada majlis istimewa.

Namun, bagi mereka yang inginkan gaya tradisional, pemilihan kebaya yang diubah dengan tambahan elemen rambu pada kain dapat memberi keunikan pada hari pernikahan.

Menggunakan warna pastel, kelainan pada rekaan Shahida memberi senyuman buat bakal pengantin untuk menyarungkan persalinan daripada butik itu bagi menonjolkan gaya vintaj yang diinginkan.

Semua koleksi terbaru busana pengantin itu boleh didapati di Buttonmybuttons yang terletak di SS15/8B, Seksyen 15, Subang Jaya, Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/06


Ala British gaya K-Pop

Posted: 06 Jul 2012 08:59 AM PDT

SINONIM dengan fesyen terkini, berkualiti, selesa serta berkeyakinan, koleksi kasut jenama tempatan, Princess menampilkan rekaan terbaru untuk wanita moden.

Mengambil inspirasi bermusim, ceria dan riang, koleksi untuk musim bunga dan panas menggabungkan warna terang bagi menaikkan keceriaan serta keseronokan dalam bergaya.

Malah, koleksi terbaru itu turut diperkenalkan bagi memberi pilihan kepada wanita yang ingin membuat persediaan awal menyambut ketibaan Aidilfitri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Princess, Alan Lok Yet Luan, pelbagai pilihan menarik ditawarkan kepada wanita yang ingin bergaya klasik, elegan mahupun santai.


"Melalui pemilihan kasut, ia dapat menonjolkan penampilan digemari. Misalnya, penampilan kasut baji terbaru menggunakan warna terang bagi menonjolkan keceriaan ketika menyambut tetamu.


"Ia juga mudah untuk membuat suai padan mengikut warna baju bagi menambah tarikan pada gaya.

"Pemilihan warna pada rekaan kasut baji terbaru yang mempunyai ketinggian lima inci itu dapat memberi idea agar penampilan tampak kontras dengan rona pakaian yang dipilih," katanya ketika ditemui di butik kasut Princess di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Tar), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berbeza bagi mereka yang ingin tampil kasual, tetapi masih mengekalkan gaya formal, pemakaian kasut ala British boleh disarungkan pada kaki.

"Kasut gaya ala British boleh dipakai bersama seluar denim berpotongan mengikut bentuk kaki, rata-rata lebih digemari remaja.

"Selain itu, kasut jenis ini sesuai bagi mereka yang gemarkan gaya K-Pop atau dipadankan bersama gaun untuk dipakai ketika bersantai mahupun bertemu sanak-saudara agar tampil klasik," katanya.

Tambahnya, terdapat pilihan rekaan kasut lain yang menarik menggunakan rona terang dan mudah dipadankan bersama baju.

Bermula daripada kasut baji, bertumit sehinggalah sandal bertapak rata, semuanya direka mengikut keselesaan pemakai.

Bagi mereka yang gemarkan kasut bercorak binatang liar seperti harimau bintang dan ular, Princess turut menampilkan rekaan terkini untuk mereka yang berani bergaya.

Tidak hanya tertumpu pada satu permintaan, Princess yang dikenali dengan kasut bersaiz besar iaitu koleksi Deluxe turut menawarkan pelbagai pilihan kreatif.

Penggunaan material daripada kulit, kulit berkilat, renda dan kain satin, semua rekaan menonjolkan perspektif berlainan kepada wanita yang memakainya.

Jelas Lok, rekaan yang menampilkan kasut daripada kategori fesyen, untuk ke pejabat, selesa, bersaiz besar dan bertapak rata boleh digayakan mengikut konsep penggemar fesyen.

Tambah menarik apabila terdapat koleksi kasut edisi terhad yang menampilkan penggunaan elemen reben bagi menonjolkan konsep ceria.

Tidak ketinggalan untuk perekanya yang menggunakan perincian manik, berlian dan gancu bagi menambah keunikan serta gaya menarik kepada wanita yang memakainya.

Selain itu, Princess juga menampilkan koleksi kasut Viani bagi mereka yang gemarkan gaya sederhana dan turut memperkenalkan himpunan beg pelbagai rekaan serta saiz sebagai penambah gaya ketika menyambut Syawal nanti.

Koleksi terbaru jenama itu boleh diperoleh bermula pada harga RM49.99 hingga RM259.99 di cawangan Princess di Jalan Tar, IOI Mall, Sungei Wang, Maju Junction, Ampang Park, Tropicana City Mall, Jalan Puchong dan Plaza Shah Alam.

Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.facebook.com/PrincessShoes atau www.princess.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/06


Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


N9AT anjur pertandingan memancing

Posted:

N9AT anjur pertandingan memancing

AHLI kelab N9AT bergambar selepas menyertai pertandingan memancing di Kolam Pancing Alang Saleh, Rantau, Negeri Sembilan baru-baru ini.


ERAT. Seramai 30 pemancing dari kelab Negeri Sembilan Anglers Team (N9AT) menyertai pertandingan memancing bertempat di Kolam Pancing Alang Saleh di Rantau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Penganjur program, Mohd. Hafiz Ahmad berkata, pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan mengeratkan hubungan sesama ahli.

Katanya, selain memancing, setiap ahli juga dapat beramah mesra sesama mereka selain dapat bertukar-tukar pendapat dan pengalaman mengenai hobi yang mereka minati itu.

Anak-anak pegawai, anggota TUDM sertai bengkel motivasi

Posted:

Anak-anak pegawai, anggota TUDM sertai bengkel motivasi

SERAMAI 50 orang anak pegawai dan anggota TUDM mengikuti Bengkel Remaja Harapan TUDM Siri 1/12 di Pangkalan Udara Kuala Lumpur dan Rejimen TUDM Jugra, Selangor baru-baru ini.


SEMANGAT. Seramai 50 orang anak-anak pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengikuti Bengkel Remaja Harapan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 1/12 anjuran Badan Kebajikan Angkatan Tentera TUDM (Bakat Udara) di Pangkalan Udara Kuala Lumpur dan Rejimen TUDM Jugra baru-baru ini.

Bengkel itu bertujuan untuk memberi pengetahuan dari segi perkembangan diri, sikap, emosi, perubahan dan cabaran yang berlaku terhadap diri anak-anak yang meningkat remaja.

Majlis penutup bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Udara, Puan Sri Asnah Din.

Hari keluarga ADARC meriah

Posted:

Hari keluarga ADARC meriah

AHLI ADARC menyertai hari keluarga di Mes Greysands Polis Diraja Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.


CERIA. Seramai 50 orang ahli Komuniti Radio Amatur Alam Damai (ADARC) menyertai Hari Keluarga ADARC 2012 di Mes Greysands Polis Diraja Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Program tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli melalui pelbagai aktiviti sampingan seperti barbeku, senamrobik, memancing, karaoke dan sukaneka.

Penyelaras Program, Mohd. Shazwan Nisha berkata, hari keluarga itu merupakan kemuncak kepada aktiviti-aktiviti sampingan yang sering diadakan sepanjang tahun lalu.

Berita Harian: Dunia

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Berita Harian: Dunia


Pilihan raya Libya esok

Posted: 05 Jul 2012 04:22 PM PDT

Rakyat bakal pilih anggota dewan perhimpunan kebangsaan

Tripoli: Rakyat Libya akan mengundi esok (Sabtu) bagi memilih anggota dewan perhimpunan kebangsaan, badan pertama dipilih sejak bekas pemimpin yang digulingkan, Muammar Gaddafi, bertanggungjawab mengetuai negara yang sedang melalui perubahan kritikal. Perhimpunan kebangsaan itu dijangka menggantikan Majlis Peralihan Kebangsaan dan memantau pembentukan perlembagaan baru, yang pertama selepas perang saudara selama beberapa bulan yang menggulingkan Gaddafi.
"Semua persoalan asas akan diputuskan oleh sekumpulan 200 orang yang dipilih. "Ia amat penting. Kita tidak menulis sesuatu perlembagaan setiap hari," kata pengarang urusan Libya Herald, Sami Zaptia.

Kongres Kebangsaan Umum akan dipilih yang bakal melantik kerajaan sementara baru dan sebuah panel untuk merangka sebuah perlembagaan baru bagi negara Afrika Utara yang kaya dengan minyak itu.

Sebaik saja perhimpunan mengadakan sesi pertama, Majlis Peralihan Kebangsaan yang menerajui Libya sejak penyingkiran dan kematian Gaddafi tahun lalu, perlu meletak jawatan.

Ketua misi pemantau Kesatuan Eropah, Alexander Graf Lambsdorff, berkata undian yang dijangka diadakan pada 19 Jun tetapi ditangguhkan atas sebab teknikal, menandakan satu peluang bersejarah.
"Pilihan raya ini adalah peluang pertama bagi rakyat Libya untuk memilih wakil mereka dalam pilihan raya kebangsaan selepas beberapa dekad," katanya.

"Ia menandakan satu langkah bersejarah untuk negara dan penduduknya. Memberikan peranan utama kepada Kongres Kebangsaan Umum dalam melantik badan untuk merangka perlembagaan, pilihan raya ini adalah amat penting."

Perdana Menteri Libya, Abdurrahim El-Keib berkata tidak akan ada belas ihsan terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan keamanan pilihan raya terbabit. - AFP/Agensi

Air bersih Indonesia teruk

Posted: 05 Jul 2012 04:17 PM PDT

Kerajaan kena bina loji bersih air di kawasan gambut

Pekanbaru: Indonesia mempunyai air minuman paling teruk di Asia Tenggara, kata penyelidik air bersih di Institut Penyelidikan Indonesia (LIPI), kelmarin. "Hanya 30 peratus penduduk di bandar raya ini mempunyai sumber air bersih," kata penyelidik berkenaan, Ignasius DA Sutapa yang dipetik akhbar Jakarta Globe, semalam.
"Jumlah itu menurun kepada hanya 10 peratus di kebanyakan kawasan kampung."

Sasaran PBB

Indonesia perlu memastikan bahawa sebanyak 50 peratus daripada penduduknya mempunyai akses kepada air minuman bersih jika negara itu berharap untuk memenuhi sasaran yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Negara yang menyertainya komited untuk membuktikan bahawa secara keseluruhan kesihatan, alam sekitar dan kualiti hidup memfokus kepada lapan sasaran isu seperti kemiskinan, malaria, HIV dan kelaparan.
"Sasaran untuk mendapatkan air bersih di Indonesia adalah terlalu besar bagi syarikat air tempatan, PDAM sendiri untuk mencapainya," kata Ignasius lagi.

Kerajaan perlu fokus kepada membina lebih banyak loji membersihkan air di kawasan gambut seperti Sumatera, Kalimantan dan Papua.

"Bagi kebanyakan kawasan gambut, air adalah tidak terlalu bersih untuk digunakan.

"Program penapisan air gambut kini berjalan di perkampungan Tanjung Leban, di Bengkalis, Riau yang berjaya menyediakan air minuman bersih kepada penduduk tempatan," katanya. - Agensi

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Kosmo Online - Negara


Uncle Seekers menagih dadah

Posted:

Uncle Seekers menagih dadah

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

Uncle Seekers dan Nadhirah selepas direman di Mahkamah Majistret Johor Bahru kelmarin.


JOHOR BAHRU - Pengkaji paranormal, Uncle Seekers yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap Sultan Johor melalui blognya disahkan positif mengambil dadah jenis morfin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Akhir Ishak berkata, ujian air kencing terhadap Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya di sini semalam.

"Hasil ujian air kencing tersebut, Uncle Seekers didapati positif morfin. Polis kemudian membuat satu laporan polis terhadap kesalahan dilakukan oleh Uncle Seekers," kata beliau.

Menurut beliau, kesalahan mengambil dadah terhadap Uncle Seekers disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000.

Bagaimanapun, Mohd. Akhir berkata, ujian sama yang dilakukan terhadap teman wanita Uncles Seekers, Siti Nadhirah Mohd. Zain, 26, mendapati wanita berkenaan negatif dadah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Indet tidak mahu ditipu lagi

Posted:

Indet tidak mahu ditipu lagi

Oleh SOPI SAMAILE
berita@kosmo.com.my

LATIFAH bersama anaknya, Mohd. Khusairi Drahman setia menunggu ketika operasi mencari suaminya giat dijalankan di Batang Saribas, Betong semalam.


BETONG - Pawang buaya terkenal, Indet Sanabong yang berjaya membunuh Bujang Sebelak di Roban baru-baru ini kini sedia membunuh seekor lagi buaya yang dipercayai telah membaham seorang pengumpul batang rumbia di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat sini kelmarin.

Bagaimanapun Indet, 49, sedia berbuat demikian jika upahnya berbaloi memandangkan dia dan dua pembantunya bertarung nyawa setiap kali berdepan dengan reptilia ganas itu.

Menurutnya, dia pernah dipanggil untuk menangkap seekor buaya yang telah membunuh seorang penduduk di Sungai Seruai dekat Batang Saribas beberapa tahun lalu tetapi upah yang diterimanya hanya RM300.

Beliau berkata, semua pihak perlu sedar pekerjaan menangkap buaya ganas bukan kerja main-main kerana ia melibatkan nyawa manusia.

"Penduduk di Sungai Seruai dekat Batang Saribas pernah minta tolong saya tangkap buaya dan saya berjaya menangkapnya tetapi upah yang diberi untuk kerja tiga hari hanya RM300.

"Jumlah itu memang tidak berbaloi kerana saya dan pembantu terpaksa bertarung nyawa dengan buaya berkenaan. Saya tidak mahu dipermainkan lagi,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jadi pengkhianat halang FGVH - Najib

Posted:

Jadi pengkhianat halang FGVH - Najib

NAJIB (lima dari kiri), Rosmah dan Noh (kanan) melihat buah-buahan tempatan yang dipamerkan sempena Mini MAHA Pekan 2012 di Dataran Shahbandar, Chini semalam.


PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan mereka yang menghalang penyenaraian saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) ke Bursa Saham tetapi turut mengambil durian runtuh hasil penyenaraian itu sebagai 'muka tak malu'.

Sambil menyindir golongan itu, beliau berkata, sebilangan peneroka Felda yang turut menolak hasrat murni itu juga adalah pengkhianat kerana cuba menghalang niat kerajaan yang mahu mentransformasi serta memartabatkan Felda ke peringkat global.

"Mereka cuba mengkhianati hasrat kita untuk membela masyarakat Felda. Cuba halang tetapi bila kita hulur, dia tidak malu-malu menerpa ke hadapan untuk terima durian runtuh, ini termasuklah yang membuat injunksi, tak malu dan tak tersipu-sipu datang ambil," katanya pada pelancaran Mini MAHA Pekan 2012 di hadapan kira-kira 10,000 peneroka di Dataran Shahbandar, Bandar Dara, Chini di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Che Syaedah

Copyright 2010 All Rights Reserved