Rabu, 18 Mei 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


URL Sumber Asal :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


'S.Y.O.K' Tidak Tumpang Populariti Artis 'Raja Lawak'

Posted: 18 May 2011 09:57 PM PDT

Barisan pelakon dan krew penerbitan sitkom muzikal S.Y.O.K yang bakal bersiaran bermula 27 Mei ini di TV1.

KUALA LUMPUR: Sitkom muzikal terbaru S.Y.O.K yang bakal bersiaran di saluran TV1 pada 27 Mei ini tidak menumpang populariti pelawak-pelawak muda yang dicungkil daripada program Raja Lawak (RL) Astro.

Penerbitnya Nor Khuzaimah Abd. Aziz atau Oja berkata memandangkan S.Y.O.K lebih menyasarkan kepada kelompok penonton muda, maka pemilihan barisan pelawak muda adalah perlu bagi mengimbangi keperluan sitkom berkenaan.

"Kami hasilkan sitkom ini untuk menarik perhatian golongan muda supaya menonton program di RTM. Sebab itu, kami perlu seimbangkan barisan pelawak lama dan baru yang mewarnai sitkom ini.

"Kebetulan pula, majoriti pelawak muda yang aktif pada hari ini lahir daripada program RL. Mungkin sebab itu ada yang menganggap seolah-olah kami ingin menumpang populariti mereka," katanya selepas pratonton sitkom itu di Wisma TV, Angkasapuri, di sini, Rabu.

Penerbit Nor Khuzaimah Abdul Aziz (Oja)

Tambah Oja, pemilihan artis-artis yang popular menerusi rancangan Raja Lawak seperti Jepp Sepah, Nabil, Alex, Johan dalam sitkom tersebut bukan satu isu bagi pihak mereka.

"Kebetulan nama-nama ini sedang 'digilai' ramai dan penonton mahu menyaksikan aksi jenaka mereka. Bagi saya, ia bukan satu isu pun kami menumpang artis-artis Astro atau sebaliknya.

"Pemilihan mereka adalah berdasarkan kesesuaian masing-masing mengikut watak-watak dalam sitkom S.Y.O.K," terangnya.

Lebih menarik lagi, skrip sitkom tersebut dihasilkan mengikut barisan pelakon yang dipilih bagi menjayakan sesuatu watak itu.

"Yang menariknya, skrip sitkom ini dihasilkan mengikut pelakon yang dipilih. Contohnya, untuk watak Harun Salim Bachik, kami hasilkan skrip selepas dia mengesahkan untuk terlibat dalam sitkom ini.

"Kami mahu cari kelainan agar setiap watak dalam sitkom ini terhasil betul-betul mengikut kriteria dan karakter pelakon-pelakon yang dipilih itu," katanya.

Alex (Raja Lawak 4) adalah antara pelawak muda yang terlibat dalam sitkom S.Y.O.K

Sitkom yang tercetus ekoran sambutan hangat terhadap muzikal Syoknya Raya pada Hari Raya tahun lalu itu dirakamkan di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Negeri Sembilan pada bulan Februari lalu.

Selain barisan pelawak muda, S.Y.O.K turut menampilkan pelakon komedi berpengalaman termasuk AC Mizal, Saiful Apek, A.R Badul, Kenchana Devi, Kartina Aziz, Abon dan Adibah Noor.

S.Y.O.K yang bermaksud Sempoi Yakin Optimis dan Kelakar itu akan mula bersiaran pada 27 Mei ini bermula pukul 9 malam.

Gambar Panas Syahrini Dengan Glen Adalah Koleksi Peribadi

Posted: 18 May 2011 09:56 PM PDT

Gambar Syahrini dan Glenn Fredly

JAKARTA:Penyanyi Indonesia, Syahrini mengaku gambar-gambar panas yang tersebar di Internet bersama artis Glen Fredly Daniel Mananta adalah daripada koleksi simpanan peribadinya.

Bagaimanapun, katanya gambar tersebut merupakan gambar biasa yang diambil bersama teman-teman rapat seperti mana yang dimiliki oleh orang lain.

"Semua yang ada dalam gambar tersebut adalah kawan-kawan rapat saya. Mereka juga mempunyai gambar seperti itu bersama teman-teman masing-masing," katanya seperti dipetik dari Kapan Lagi.com.

Bagi Syahrini, tidak menjadi kesalahan kerana gambar tersebut bukan gambar lucah yang boleh menjejaskan imej dan maruahnya.

Gambar panas yang tersebar di internet

"Yang penting ini bukan gambar lucah, aksi lucah, ia hanya gambar biasa untuk koleksi peribadi," katanya.

Tambah Syahrini, pihaknya telah melaporkan pekara tersebut kepada polis bagi melakukan siasatan terhadap telefon bimbit miliknya yang hilang di Malaysia beberapa tahun lalu.

Arnold Schwarzenegger Mengaku Ada Anak Luar Nikah

Posted: 18 May 2011 09:53 PM PDT

ALASAN perpisahan aktor Arnold Schwarzenegger dengan istrinya, Maria Shriver, selepas bersama sejak 25 tahun akhirnya semakin jelas.

Perpisahan dua selebriti popular di dunia hiburan dan politik Hollywood ini telah mengejutkan banyak pihak terutamanya selepas pengakuan seorang wanita mempunyai hubungan sulit dengan aktor tersebut.

Lebih parah lagi, bekas Gabenor California ini baru sahaja mengaku mempunyai seorang anak luar nikah berusia 10 tahun dan kini ditanggung sepenuhnya oleh Arnold.

"Saya meminta maaf kepada Maria, anak-anak dan keluarga saya. Saya tidak ada alasan lain kerana saya harus bertanggung jawab terhadap apa yang telah saya lakukan.

"Saya minta semua pihak menghormati isteri dan keluarga saya pada ketika yang sangat sukar. Saya yang patut diberi kritikan bukan keluarga saya," ujarnya.

Dalam pada itu, lebih parah lagi ada dakwaan mengatakan ibu kepada anak tersebut merupakan salah seorang pegawai di rumah mereka di Los Angeles.

Bagaimanapun wanita tersebut sudah menamatkan perkhidmatannya sejak Januari lalu setelah 20 tahun bekerja bersama keluarga tersebut.

Terlupa hamil 6 bulan

Posted: 18 May 2011 09:51 PM PDT

TERKEJUT...Sollia (tengah) bersama jiran tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran penempatan setinggan di Pujut Corner,  semalam.
TERKEJUT...Sollia (tengah) bersama jiran tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran penempatan setinggan di Pujut Corner, semalam.

MIRI: "Saya langsung tidak ingat diri ini sarat mengandung enam bulan ketika berlari nekad menyelamatkan anak sebelum rumah didiami hangus," kata seorang mangsa kebakaran yang memusnahkan 17 rumah di penempatan setinggan di Pujut Corner, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Sollia Victor Langie, 20, berkata dia tidak sempat berfikir apa-apa lagi melainkan membawa keluar dua anaknya yang berusia dua dan empat tahun dari rumah sebaik menyedari berlaku kebakaran.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Sollia berkata, ketika kejadian dia ke bilik tidurnya untuk berehat sebelum terkejut melihat api dan asap hitam marak dengan begitu cepat di belakang rumahnya.

Oleh kerana terlalu cemas, dia tidak sempat mengambil barang berharga dan hanya mahu menyelamatkan dua anak yang bermain di ruang tamu rumah.


"Api marak begitu cepat menyebabkan saya ketakutan dan bergegas keluar bersama dua anak sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan harta benda lain.

Istimewa selama lima jam

Posted: 18 May 2011 09:49 PM PDT

 UNTUK PEMINAT...Aizat dan Hujan tampil pada konsert istimewa jamming TV9 di Pavilion, Kuala Lumpur Jumaat ini.
UNTUK PEMINAT...Aizat dan Hujan tampil pada konsert istimewa jamming TV9 di Pavilion, Kuala Lumpur Jumaat ini.

DI mata golongan remaja, ramai berpendapat Aizat dan Noh Hujan artis berdikari. Bukan saja berbakat bermain muzik, tetapi turut menulis lirik dan mendendangkan lagu sendiri.

Di sebalik pencapaian solo mendapat pengiktirafan dan sudah ada nama, Aizat dan Noh disenangi kerana mudah didekati peminat mereka.

  • Foto

    PENCAPAIAN TERSENDIRI...populariti Aizat dan Hujan memberi definisi baru terhadap senario muzik negara ini.

  • Foto

  • Foto

Sebagai artis muda dengan gaya tersendiri, TV9 bakal mempersembahkan Aizat dan Noh Hujan beraksi di pentas konsert istimewa di Pavilion Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Lima kumpulan lain turut menyertai 'jamming' sempena sambutan ulang tahun kelima TV9 termasuk Pesawat, Awan Band, Gabba Gabba, Drama dan Grey Sky Morning.


Persembahan bermula jam 5 petang hingga 10 malam membariskan pelbagai aktiviti menarik seperti coretan graffiti, klinik gitar, sesi bual bicara dan gerai jualan 'merchandise.'


Sebelum ini, sumbangan dan potensi masa depan dua vokalis ini mendapat pengiktirafan industri.

Aizat meraih Anugerah Juara Lagu 2009 (AJL24) menerusi lagu Pergi sementara Noh meraih Anugerah Komposer Muda Berpotensi 2010 MACP atau Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Berhad.

Apapun, di sebalik kesibukan Aizat menyiapkan rakaman untuk album baru dan Noh dengan persiapan perkahwinannya dengan pe�nyanyi 'pop groove', Mizz Nina pada 1 Julai depan, mereka sempat meluangkan masa hujung minggu menghadiri sesi fotografi di studio milik Aizat iaitu Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd di Ampang, Selangor, Ahad lalu.

Kata Aizat, konsert berkonsep 'santai' di venue terbuka memudahkan peminat dan orang awam yang meminati pelbagai genre muzik datang berhibur.

"Memang seronok kerana menjayakannya bersama rakan seperjuangan indie. Apa yang pasti, setiap antara kami pasti memberikan persembahan terbaik sepanjang lebih lima jam.

"Saya tidak dapat menjangka berapa ramai atau siapa akan datang, tetapi apa yang pasti, semua kumpulan pasti menyerlahkan gaya dan lagu terbaik ciptaan sendiri," katanya yang popular dengan lagu Susun Silang Kata dan klip video Bebaskan Bumi Palestin bertajuk Erti Hari Ini.

Ditanya mengenai istilah ikon atau idola remaja dilabelkan kepadanya, Aizat atau Aizat Amdan, 22, mengakui kurang selesa dengan status itu.

"Bagi saya dua istilah ini hanya sesuai untuk junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Bagi saya, lebih senang dengan gelaran penghibur tidak syok sendiri menghasil�kan lagu yang ada jiwa dan mesej untuk memberi motivasi kepada remaja," katanya.

Kata Aizat lagi, konsert jaming secara tidak langsung memberi peluang kepada band baru berada bersama artis yang berjaya menerusi sokongan peminat tempatan.

"Saya tidak suka banyak kumpulan kita sering menerima gelaran 'local act' seolah-olah tiada potensi pergi lebih jauh. Saya harap gelaran ini tidak diberikan lagi kerana muzik kita sudah matang dan ada antaranya mendapat penghormatan di luar negara.

"Jika mentaliti ini terus ada dalam industri kita, sampai bila kita tidak akan maju. Kami sebagai artis tidak ada pembakar semangat jika terus dilabel sebegitu rupa.

"Untuk maju, kita perlu ada pendirian dan bijak berfikir kerana tiada artis mahu mencipta lagu buruk atau tidak sedap untuk pendengar.

"Bayangkan kita selalu agung�kan orang luar sedang�kan kita juga bagus, tetapi peluang terhad walaupun berbakat," katanya.

Noh atau Noh Salleh mahu memberikan 'show happening' bersama Hujan pada persembahan itu kelak.

"Bukan saja beraksi bersama ramai rakan seangkatan label indie, paling penting setiap mereka ada muzik masing-masing. Setiap satu–nya tidak sama, ada bermain proto punk, ada alternatif rock dan britpop.

"Konsert ini menjadi petanda keakraban kami. Kumpulan seperti Awan Band, Gabba Gabba, Pesawat, Drama dan Grey Sky Morning berjuang dengan cara mereka sendiri.

"Apapun, ini bukan pertandingan siapa paling hebat kerana yang penting semua terhibur. Jika jamming mendapat sambutan, sesiapa saja akan bersema�ngat menjayakannya pada masa depan.

"Selagi peminat suka dan menghargai apa dilakukan, ini petanda bagus," kata Noh.

Hujan yang ditubuhkan pada 2006 antara pelopor kumpulan muzik berdikari dengan label rekod sendiri, Morning Rocket.

Selain Noh, Hujan dibarisi AG (gitaris), Ambobzeela (dram), Hang Dimas (keyboard) dan Izzad (bass). Dimas berkata, konsert istimewa jamming bukan sekadar 'showcase' muzik kerana turut mengumpulkan bakat dan komuniti remaja.

"Selain aktiviti menarik, kami akan cuba memberikan kepuasan sambil berinteraksi bersama peminat lebih dekat dan mesra. Ini salah satu cara memperkukuh�kan semangat remaja, mengingat�kan mereka menjalani aktiviti sihat sambil membuka minda ke arah hidup ada tujuan," katanya.

Sebelum ini, Aizat dan Hujan membuat persembahan Ekpresi Remaja di MSU, Shah Alam.

Lagu Lambat Layu Gabba Gabba adalah lagu tema Cita & Cinta TV9 serta promosi program di TV9 sementara lagu Drama pula digunakan bagi siri Juvana di TV3. Selain sesi jamming di Pavilion, TV9 akan menganjurkan konsert GIG pada 9 dan 10 Julai depan.


PROFIL

NAMA: Mohammad Noh Salleh
TARIKH LAHIR: 15 Mac 1985
UMUR: 26 tahun
TEMPAT LAHIR: Kuching, Sarawak
ADIK-BERADIK: Anak ketiga daripada empat beradik
INSTRUMEN: Vokal/Gitar
GENRE: Alternatif Rock/Indie Pop
KUMPULAN: Hujan
ANGGOTA: AG Coco (gitar), Ambobzeela (dram), Izzad (bass) dan Hang Dimas (keyboard)
EP/ALBUM:

  • EP 1: 1,2,3 Go (2006)
  • EP2: Check, Check, Rock, Rock (2007)
  • Hujan (2008)
  • Mencari Konklusi (2009)
  • Lonely Soldier Boy (2010)
  • Live album and DVD: Hujan Live at Planet Hollywood
    PENCAPAIAN:
  • Album Rock Terbaik
  • Anugerah Industri Muzik (AIM)
  • Lagu Terbaik Rock Bila
  • Aku Sudah Tiada AIM


    PROFIL

    NAMA: Aizat Amdan
    TARIKH LAHIR: 21 Februari 1989
    UMUR: 22 tahun
    TEMPAT LAHIR: Ampang, Selangor
    ADIK-BERADIK: Anak kelima daripada enam beradik
    INSTRUMEN: Gitar/Vokal/Piano
    GENRE: Akustik/Alternatif/Rock
    SINGLE: Sahabat, Hanya Kau Yang Mampu, Susun Silang Kata
    ALBUM:
    Percubaan Pertama (2008)
  • Urusan Aizat Amdan (2010)
    PENCAPAIAN:
  • Pemenang Anugerah Juara Lagu 2009 (AJL24)
  • Pemenang Persembahan Terbaik lagu Kau Aku pada AJL24
  • Penyanyi Lelaki Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2009)
  • Anugerah Planet Musik ke-16 2009, Jakarta menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu memecah rekod muat turun digital Malaysia dengan lebih 1.5 juta pada 2008/09
  • Bas berhenti sesuka hati

    Posted: 18 May 2011 09:48 PM PDT

    SESAK...sikap segelintir pemandu bas menghentikan kenderaan di tengah laluan menyebabkan kesesakan.
    SESAK...sikap segelintir pemandu bas menghentikan kenderaan di tengah laluan menyebabkan kesesakan.

    KUALA LUMPUR: Sikap mementingkan diri segelintir pemandu bas awam yang menghentikan kenderaan mereka sesuka hati di sekitar persimpangan Chow Kit berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, mengundang bahaya terhadap pengguna lain di sepanjang jalan itu.

    Tindakan pemandu bas awam terbabit nyata tidak disenangi orang ramai berikutan jalan itu laluan utama yang menghubungkan pusat bandar raya dengan tempat lain dan menjadi tumpuan orang ramai terutama pada hujung minggu.


    Tinjauan Harian Metro mendapati dakwaan orang ramai ternyata benar apabila segelintir pemandu bas awam itu menghentikan bas mereka di tengah-tengah laluan berkenaan untuk menurunkan penumpang sehingga berlaku kesesakan teruk.

    Abu Bakar Ahmad, 35, berkata, kesesakan jalan di sepanjang laluan itu berpunca daripada tindakan pemandu bas yang tidak memikirkan pengguna lain dengan menurunkan penumpang walaupun berada di tengah laluan.


    Katanya, tindakan segelintir pemandu bas itu bukan saja menyusahkan orang ramai malah mereka juga membahayakan nyawa orang lain terutama penunggang motosikal dan penumpang bas yang terpaksa turun walaupun keadaan jalan sesak.


    "Saya sudah beberapa kali mengemukakan aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat bas terbabit berhubung sikap pemandu itu.

    "Tetapi, sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pihak bertanggungjawab," katanya.


    Dia berkata, sudah beberapa kali penunggang motosikal nyaris terbabit kemalangan dengan bas yang berhenti di tengah laluan dan sebelum masalah itu bertambah buruk, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan drastik.

    Menurutnya lagi, pemandu bas terbabit perlu menurunkan penumpang mereka di tempat yang sudah disediakan tetapi sikap melulu mereka yang semata-mata ingin menjimatkan masa boleh mengakibatkan kecelakaan kepada orang lain yang tidak bersalah.


    "Saya berharap pihak berkuasa prihatin terhadap masalah ini dan mengambil tindakan segera untuk kepentingan semua pihak," katanya.

    Spa dibina secara terbuka

    Posted: 18 May 2011 09:44 PM PDT

    URUT...Pows menyediakan pelbagai kemudahan untuk untuk keselesaan pelanggan.
    URUT...Pows menyediakan pelbagai kemudahan untuk untuk keselesaan pelanggan.

    JIKA dilihat pada bahagian luar, rumah ini hanyalah bangunan biasa yang terletak di kawasan perumahan. Namun sebaik melangkah memasuki rumah teres tiga tingkat ini mata bagai terpaku sejenak melihat reka bentuk serta struktur binaan bangunan menggunakan kayu lama tidak ubah seperti hiasan rumah tradisional Melayu.

    Lari daripada kebiasaan, Poise Organic Wellness Studio (Pows) ini seperti sebuah rumah lengkap dengan kemudahan spa sehinggakan anda merasakan seperti melakukan spa sendiri di rumah.

    • Foto

      BILIK URUT...walaupun nampak moden, rekaannya masih menggunakan unsur tradisional.

    • Foto

      KONSEP BARU...Connie (kiri) dan Gillian berbangga dengan konsep spa di rumah.

    • Foto

      BUTIK MINI...sambil menunggu giliran, pelanggan boleh memilih pakaian di butik mini.

    • Foto

      MODEN...bilik air ini turut mengetengahkan reka bentuk moden.

    Paling penting pada saat tubuh dimanjakan, tidak perlu bimbang pada kenderaan diparkir kerana pusat rawatan ini terletak di dalam persekitaran selamat, selesa, bersih dan menyenangkan.

    Tingkat bawah menempatkan bar mini yang me�nyediakan jus buah-buahan dan salad segar serta sebuah butik mini menyediakan pakaian kasual pelbagai warna.


    Sambil menunggu, pelanggan boleh membaca majalah sambil menikmati kek coklat lazat bersama secawan teh tanpa kafein dari United Kingdom.


    Diusahakan oleh dua rakan karib, Connie Lim dan Gillian Wong, idea membuka pusat rawatan ini datangnya daripada mereka yang gemar memanjakan tubuh di spa.

    "Sebelum ini kami menjalankan perniagaan sendiri, namun pada awal 2010 kami mula berbincang mengenai perniagaan dalam bidang kecantikan, sekali gus memikirkan konsep untuk pusat rawatan yang akan dibuka nanti.

    "Memandangkan keba�nyakan wanita gemarkan gaya santai tidak kira sama ada berdandan atau melakukan rawatan kecantikan, ia memberi dorongan kepada kami membuka pusat rawatan berkonsepkan spa di rumah," kata Connie.

    Mula dibuka pada Oktober 2010, spa ini mengekalkan konsep rumah hijau tanpa melakukan pengubahsuaian pada struktur rumah serta menggunakan bahan semula jadi.

    "Untuk sistem pemanasan kami menggunakan kuasa solar manakala untuk tumbuh-tumbuhan serta membersihkan kawasan sekitar kami menggunakan air hujan.

    "Walaupun tidak secara langsung, diharap konsep sebegini memberi pendedahan kepada pelanggan mengenai pentingnya menggunakan produk organik tidak kira sama ada pakaian mahupun makanan," katanya.

    Baginya, konsep organik bukan saja pada persekitaran, tetapi pada penggunaan produk rawatan wajah.

    Oleh itu, dia menggunakan produk organik Sophyto dari United Kingdom yang terkenal dalam pengeluaran produk organik serta menggunakan 95 peratus bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan selain menggunakan bekas yang boleh dikitar semula.

    Untuk alat solek pula, Pows menggunakan jenama Jane Iredale dari Amerika Syarikat iaitu produk bebas toksid, lembut serta tidak menyebabkan radang kulit.

    Menurut Gillian, selain spa, Pows menyediakan rawatan urut badan, wajah, rias kuku serta tarian di studio tari yang terletak di tingkat tiga. Terdapat tujuh bilik untuk rawatan wajah manakala sebuah bilik untuk perkhidmatan spa yang terletak di tingkat sama.

    "Keistimewaan spa ini pada reka bentuk yang dibina secara terbuka menerusi penggunaan kayu yang terdapat di sekeliling bilik. Pada bahagian hujung bilik, kayu diletak secara menegak tanpa ditutup sebarang papan atau batu-bata bagi memberikan rasa semula jadi kepada pelanggan.

    "Dengan ini pelanggan dapat menikmati bahang matahari atau rasa nyaman hujan, berbeza dengan rasa kedinginan penyaman udara atau kipas yang biasanya disediakan di kebanyakan spa di Malaysia," katanya.

    Terdapat sembilan pakar terapi di Pows yang mempunyai kemahiran dalam urutan tertentu seperti urut tradisional Bali, Shiatsu dan Thailand. Walaupun berbeza cara urutan, setiap terapi memberikan tekanan pada bahagian tertentu bagi mengurangkan regangan, melancarkan pengaliran darah, membentuk kembali posisi badan, mengurangkan tekanan darah, kesakitan otot, memperbaiki pernafasan, sakit kepala, sistem imunisasi dan kelegaan tulang.

    "Sebelum berurut, pakar terapi menyediakan bilik urut dengan aroma daun pandan yang memberi kesegaran kepada pelanggan. Selepas itu mereka diberikan penerangan mengenai jenis urutan yang sesuai dengan tubuh mereka dan diberikan segelas air halia bagi membuang angin," katanya.

    Bagi Connie dan Gillian, mereka sangat komited dan berusaha bersungguh-sungguh untuk melihat Pows menjadi pusat rawatan dan spa pilihan wanita di Lembah Klang. Sebab itu mereka sangat menitikberatkan keselesaan pelanggan dengan mem�berikan perkhidmatan bertaraf lima bintang dan menawarkan harga berpatutan.

    "Saya dan Gilllian bertemu pelanggan bagi mendapatkan maklum balas mengenai tahap perkhidmatan dan memastikan pelanggan berpuas hati dengan layanan diberikan. Apa saja kekurangan, kami akan memperbaiki dari semasa ke semasa," katanya.

    Pada masa hadapan, kedua-dua wanita ini berharap dapat mengembangkan perniagaan mereka di Sabah dan Sarawak, Brunei dan Singapura. Mereka juga mahu memperbesarkan kafe dengan menyediakan payung dan kipas di bahagian luar sementara pelanggan bersantai sambil menunggu giliran mereka seperti mana konsep kafe di luar negara.

    Pows dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan selepas jam 8 malam, ia menerima pelanggan yang membuat temu janji saja.

    Pelanggan yang baru pertama kali melakukan spa akan menerima potongan harga istimewa sehingga RM239 untuk dua orang berbanding harga biasa RM398 yang akan berakhir Jun ini.

    Jangan pisahkan

    Posted: 18 May 2011 09:08 PM PDT

    • Foto

    • Foto

    • Foto

    • Foto

    Penulis Nur Kasih lebih rela bekerja bersama suami

    BARANGKALI ada yang tertanya, siapa wanita yang muncul di muka depan ruangan Hip hari ini. Pada ketika wajahnya mungkin tidak begitu dikenali, namun karya sentuhannya menjadi ikutan ramai serta berjaya meruntun jutaan jiwa.
    Dialah insan kreatif di sebalik kejayaan Nur Kasih, drama rantaian yang berjaya mencetuskan fenomena sehingga disaksikan lebih 19 juta penonton. Mulai hari ini, Mira Mustafa tampil pula bersama karya terbaru tulisannya, Nur Kasih The Movie (NKTM).
    Wanita berusia 40 tahun ini juga pernah menyalurkan ideanya untuk filem Cinta dan Sepi. Ketiga-tiga filem berkenaan diarahkan suaminya, Kabir Bhatia.
    Pasangan ini pada hakikatnya umpama sebuah pakej lengkap. Lazimnya, di mana ada Kabir, di situ juga ada Mira.

    Mira yang mendapat pendidikan rasmi dari Universiti Washington dalam Ijazah Perniagaan mengakui lebih selesa berkerja bersama dengan suaminya. Pernah dia mendapat tawaran daripada syarikat lain, tetapi terpaksa ditolak kerana lebih senang bekerja dengan lelaki yang sudah dikahwininya sejak 10 tahun lalu itu.

    Kata wanita lemah lembut ini, sebagai suami, Kabir memahami isi hatinya, lantaran dia tahu apa yang ingin disampaikannya menerusi skrip dihasilkan.
    "Mungkin sukar sedikit agaknya untuk saya bekerja dengan pengarah lain kerana bimbang apa yang ingin saya sampaikan dalam skrip tidak dipersembahkan mengikut kehendak saya. Lagipun, saya lebih senang bekerja dengan Kabir kerana dia faham dialog saya. Dia juga tahu bagaimana dialog itu sepatutnya disampaikan pelakon.

    "Selepas filem Cinta, memang pernah ada penerbit yang ingin bekerjasama dengan saya tetapi saya menolaknya dengan baik. Sejak itu, tiada lagi yang bertanya.

    Mungkin mereka faham saya tidak selesa bekerja dengan orang lain. Terus terang, memang saya tidak bersedia dan berdebar jika bekerja dengan pengarah lain," katanya yang hadir ke sesi fotografi ditemani suami tercinta.

    Kekok dan malu-malu ketika diminta memberikan 'pose' menarik, pasangan suami-isteri ini mula berkenalan ketika sama-sama berkhidmat di Antah UTV. Dua tahun memadu kasih, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang. Hasil perkahwinan selama sedekad, pasangan romantis ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 9 tahun.

    Dalam membicarakan soal kerjaya, pasangan ini mengaku sentiasa mengamalkan sikap toleransi. Biasanya, usai menghasilkan skrip, Mira akan segera merujuk kepada suaminya. Sesekali memang terjadi percanggahan pendapat atau pertentangan idea, namun lazimnya mereka cuba mempertahankan hak masing-masing.

    Bagaimanapun pada akhirnya mereka akan melihat idea mana lebih relevan digunakan.

    "Saya memang merujuk kepada Kabir apabila menghasilkan skrip untuk NKTM. Dia yang memberikan idea supaya memasukkan adegan kereta api meletup di Jordan dalam sebuah babak filem ini.

    "Babak itu amat penting kerana ia menjadi pencetus kepada apa yang bakal berlaku seterusnya. Kalau diikutkan, babak itu memang boleh dilakukan di sini saja. Tetapi bagi kami, untuk sebuah filem, lebih elok jika babak penting seperti itu dibuat di luar.

    "Agak sukar juga untuk menghasilkan skrip NKTM, hampir dua bulan baru saya dapat menyelesaikannya. Saya mempunyai ruang yang mencukupi ketika menghasilkan skrip drama rantaian, tetapi untuk filem pula, segala-galanya perlu disumbat untuk tempoh waktu yang singkat. Jadi ia memberikan sedikit cabaran kepada saya memilih cerita yang menarik," kata Mira lagi.

    Sukar dapat peluang berkarya

    Gemar berbaju kurung, Mira terlebih dulu mengasah bakatnya dalam bidang penulisan menerusi teater Inggeris bersama Datuk Zahim Al Bakri, sebelum berkhidmat bersama Antah UTV. Selama berkhidmat dengan syarikat berasal dari India itu, dia pernah menulis skrip untuk drama Idaman dan Jodoh. Ketika itu, Kabir turut berkhidmat sebagai pengarah.

    Kabir yang berasal dari Mumbai, India, berhijrah ke Malaysia pada 1996 selepas syarikat dinaungi UTV India membuka cawangannya di sini. Pada mulanya dia terbabit sebagai pengarah dalaman sebelum melebarkan sayapnya ke skop lebih luas.

    Pada awalnya ujar Kabir, sukar untuk mendapatkan peluang di sini kerana industri hiburan di Malaysia tidak terlalu besar. Bagaimanapun selepas melihat hasil kerjanya, dia akhirnya mendapat kepercayaan syarikat penerbitan tempatan.

    "Sebagai orang asing, memang sukar untuk mendapatkan peluang daripada syarikat penerbitan di sini. Saya diberikan kepercayaan oleh Alternate Studio, anak syarikat kepada Grand Brilliance untuk mengarahkan Cinta selepas mereka melihat hasil kerja saya. Sejak dari itu, barulah penerbit lain mula mempercayai kerja saya.

    "Saya tidak kisah jika cara pengarahan saya ditiru pengarah lain. Malah saya sendiri kini sedang menggilap lima pengarah muda, saya juga tidak kisah berkongsi ilmu atau ada orang yang cuba mencedok idea saya, kerana ilmu itu tidak datang dengan sendiri. Sebaliknya saya juga belajar daripada orang lain," kata Kabir.

    Sementara itu, ketika diusik pertanyaan apakah peminat akan dapat menyaksikan sambungan drama Nur Kasih selepas versi filemnya menemui penonton di pawagam, Kabir mahupun Mira tidak berasakan sedemikian.

    Kata pengarah terbabit, mereka lebih suka menghasilkan cerita yang baru dan berbeza, daripada menyambung drama berkenaan.

    "Cukuplah dengan apa yang kami persembahkan menerusi filem Nur Kasih ini. Rasanya kami tidak lagi akan membuat musim kedua ataupun filem susulannya," kata Kabir bersulam senyuman penuh makna, sambil disokong isterinya.

    Elak lawak kosong

    Posted: 18 May 2011 09:07 PM PDT

    HARITH Iskander (kiri) dan Dougles Lim.
    HARITH Iskander (kiri) dan Dougles Lim.
    Harith, Douglas berganding tenaga jayakan sketsa komedi

    MEMANG sukar untuk membuatkan penonton terhibur dengan persembahan berbentuk sketsa komedi, tetapi itulah yang perlu dihadapi Harith Iskander dan Douglas Lim.
    Sebagai penghibur, sesukar mana pun tugas dipikul, mereka berusaha memastikan setiap jenaka yang dipersembahkan bukan saja membuatkan penonton ketawa, malah persembahan berkenaan harus mempunyai mesej supaya ia tidak dilihat lawak kosong.
    Hanya menerusi pembacaan mereka berasakan matlamat itu dapat dicapai. Dengan membaca, mereka bukan saja boleh membentuk penceritaan, sebaliknya elemen jenaka juga dapat disuntik sama.

    Bagi Douglas, gandingannya bersama Harith dalam persembahan HD Stand Up Comedy di Petaling Jaya Live Arts (PJLA) yang bermula 17 hingga 19 Mei menyajikan persembahan menarik dengan sketsa yang mampu mencuit hati.

    Walaupun hanya berbentuk penceritaan, namun dia yakin gandingan mereka dapat memberikan persembahan luar biasa di samping menyampaikan mesej terkini sebagai hiburan.

    "Memang lawak begini lebih sukar berbanding sitkom atau drama komedi sebab ia tidak mempunyai skrip. Kita kena reka sendiri. Justeru, melalui bacaan, dengan mengambil cerita atau berita yang ada dalam akhbar, dapat juga kita membentuk satu komedi.
    "Bagaimanapun tidak semua yang kita rancang akan berlaku dalam persembahan. Kadang-kadang penggunaan ayat yang tidak sepatutnya juga akan terkeluar secara spontan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

    Sebelum ini, katanya, Harith menjayakan persembahan itu seorang diri. Kali ini, dia dipilih untuk bergandingan dengannya, yang membuatkan pemuda ini berbesar hati.

    "Kami sudah kenal lama, jadi ia tentunya sedikit sebanyak memudah kerja. Pembabitan saya dalam Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM) baru-baru ini pun atas usaha Harith dan Hans," katanya.

    Keserasian kedua-dua mereka diakui sejak terbabit dalam sitkom Jangan Ketawa suatu ketika dulu, malah gandingan ini juga dijangka mampu membuatkan penonton tidak kering gusi.

    Harith sendiri mengakui pemilihan Douglas dalam sketsa itu nanti dapat membantunya menghidupkan suasana yang mencuit hati serta meninggalkan memori buat penonton yang hadir.

    "Tahun lalu saya berseorangan di pentas, namun sambutan sangat luar biasa diberikan peminat sampaikan tiket habis dijual. Diharapkan, dengan adanya Douglas, persembahan ini akan lebih mendapat sambutan. Maklum balas daripada penonton yang pernah menonton saya pada tahun lalu juga sangat menggalakkan," katanya.

    Bagi Harith, sketsa sebegini tidak memerlukan skrip. Bagaimanapun menerusi pembacaan, mereka dapat tahu apa yang berlaku seharian dan perkara itu membantu dalam menyampaikan persembahan.

    Bahkan, setiap sketsa akan jadi lebih menarik dan kelakar apabila menyentuh isu semasa.

    "Persembahan kita akan jadi kelakar kalau menyentuh isu semasa seperti isu pilihan raya di Sarawak yang kita adun menjadi lebih menarik.

    "Isu peribadi juga akan terkeluar walaupun kita cuba mengelak, tetapi kita akan cuba kawal dan jadikannya lebih menghiburkan. Maklumlah inikan stand up comedy, tak ada skrip," katanya.

    Setelah 20 tahun terbabit dalam bidang komedi, Harith mengakui banyak yang perlu diperbaiki dalam persembahannya supaya sentiasa mengikut cita rasa penonton dan tidak hambar.


    Menunggu cahaya mata

    MESKIPUN agak sibuk selepas berkahwin, namun Harith mengaku dia berusaha memastikan dirinya mempunyai masa buat isteri tercinta. Ketika yang sama dia mengaku masih menanti cahaya mata yang dianggapnya penyeri sesebuah rumah tangga.

    Walaupun sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga, Harith tidak sabar untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa, malah melihat telatah kanak-kanak membuatkan dirinya keriangan.

    "Siapa yang tak mahu anak dan sehingga kini saya masih lagi menanti, tetapi nak buat macam mana belum ada rezeki.

    "Insya-Allah rezeki saya akan ada, cuma tak tahu bila. Paling penting, saya sekarang bertambah bahagia sejak berkahwin dan semakin sibuk," katanya.
    Jika sebelum ini dirinya sibuk dengan pementasan LKBSM, Jun ini Harith, 44, dan isteri, Jezzamine Lim, 27, akan berbulan madu kali kedua. Kali ini mereka memilih Mauritius sebagai destinasi percutian.

    Tentunya dia ingin menggunakan kesempatan itu untuk berehat sepuas-puasnya. Lebih-lebih lagi, tugasnya semakin sibuk selepas ini dengan persiapan mengadakan muzikal Cuci musim ketiga pada tahun hadapan, bersama Hans.

    "Melihat kejayaan LKBSM yang pecah rekod, dengan hampir setiap hari dewan dipenuhi peminat, membuatkan kami seronok untuk mengadakan persembahan lain," katanya.


    Ketawa selama sebulan di PJLA

    DENGAN adanya PJLA, penghibur ini berasakan ruang untuknya bergiat dalam persembahan komedi semakin besar. Malah sejak dibuka dua tahun lalu, PJLA menjadi platform terbaik untuk mengangkat persembahan komedi ke tahap lebih baik.

    Bukan saja Harith, malah barisan penghibur komedi tempatan turut diberi peluang untuk mengadakan persembahan di lokasi ini, di samping mempromosikan komedi sebagai hiburan santai buat masyarakat.

    Malah, bagi peminat sketsa komedi atau pementasan berunsurkan komedi, mereka berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan di PJLA selama sebulan bermula 28 April lalu hingga 5 Jun ini.

    PJLA membuka pentasnya kepada penonton dengan pelbagai sajian sketsa komedi menarik dengan harga tiket berpatutan.

    Selain HD Stand Up Comedy, persembahan yang dijangka mendapat sambutan hangat penggemar komedi adalah Projek Disko Baldi, Actorlympics dan Kuah Jenhan: Tall, Dark & Comedian.

    Actorlympics dijangka mencuri perhatian peminat kerana menampilkan pelakon seperti Afdlin Shauki, Harith Iskander, Nell Ng, Rashid Salleh, Ida Nerina, Patrick Teoh, Kuah Jenhan, Douglas Lim dan Reza Zainal Abidin.

    Maklumat lanjut boleh didapati di www.pjla.com.my atau hubungi talian Box Office 03-7960 0439 untuk mendapat tiket persembahan.

    Persembahan komedi di Petaling Jaya Live Arts (PJLA):

    1. Sticks, Stones, Broken Bones (Kanada) - 10-15 Mei
    2. HD Stand Up Comedy - 17-19 Mei
    3. KAM... Fully Loaded! - 20 - 22 Mei
    4. Jumping Jellybeans Party! - 24-27 Mei
    5. Comedy Court - 24-25 Mei
    6. The Comedy Club Asia - 26 Mei
    7. Kuah Jenhan: Tall, Dark & Comedian - 27-28 Mei
    8. Projek Disko Baldi - 28-29 Mei
    9. Actorlympics - 31 Mei-2 Jun
    10. Shelah Says Life's A Drag - 3-5 Jun

    Memang mengusik jiwa

    Posted: 18 May 2011 08:22 PM PDT

    • Foto

    • Foto

    • Foto

    • Foto

      Pengarah, Lokman Ghani.

    • Foto

      SOHAIMI Mior Hassan

    Persembahan diteruskan walaupun pelbagai halangan dihadapi produksi

    POSTER sudah dinaikkan, hebahan juga sudah dibuat, namun kepincangan dalam persediaan pementasan Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60an kian meruncing tatkala tarikh persembahan berbaki kira-kira seminggu saja lagi.
    Mana tidaknya, daripada masalah penjualan tiket sehinggalah kepada pelakon yang menarik diri pada saat akhir dan ada yang disingkir, semuanya terpaksa dihadapi produksi muzikal ini.
    Bagi pasukan produksi, pementasan perlu diteruskan walaupun terpaksa berdepan pelbagai masalah, apatah lagi sesi latihan dikatakan sudah 80 peratus dilakukan. Pengarahnya, Lokman Ghani, turut memberi jaminan pementasan penuh cabaran itu akan tetap menyajikan persembahan terbaik bagi mengimbau kembali nostalgia era 60-an.

    Malah, 24 buah lagu popular era terbabit akan diperdengarkan kepada penonton, dengan alunan suara penyanyi asalnya yang di bawa ke pentas Istana Budaya bermula 27 Mei.

    "Memang tidak dinafikan pelbagai dugaan terpaksa kami hadapi, yang saya anggap sebagai cabaran dalam menjayakan pementasan ini.

    "Setakat ini persiapan berjalan lancar dan saya berpuas hati dengan latihan diadakan. Baki 20 peratus lagi akan diadakan di atas pentas sebenar, dengan prop yang direka khas, yang diharap dapat menaikkan lagi mood pelakon," katanya ketika ditemui pada sesi latihan muzikal itu baru-baru ini.
    Persembahan selama dua jam itu akan menampilkan dua segmen, iaitu segmen di kolej dan segmen fun fair.

    Setiap babak yang dilakonkan akan menyelitkan penyanyi era 60-an seperti Datuk Ahmad Jais, L Ramli, A Rahman Onn, Fatimah M Amin, A Halim, Hussein Ismail, J Sham dan A Rozaimi.

    "Saya bimbang juga, kalau penonton akan beranggapan pertunjukan ini sebagai konsert. Sebenarnya ia sebuah muzikal dengan jalan cerita mengenai perjalanan zaman 60-an," katanya.


    Terkilan sikap sesetengah artis

    MESKIPUN baru kali pertama menceburkan diri dalam pementasan sebegini, namun sebahagian besar artis yang menjayakan sesi latihan dilihat berkeyakinan dan komited terhadap projek terbabit, jika dibandingkan dengan beberapa artis lebih senior yang menarik diri pada saat akhir.

    Terkilan dengan sikap segelintir artis terbabit, Lokman tetap yakin muzikal arahannya itu akan mendapat tempat di hati penonton.

    "Pada mulanya memang tiket pementasan ini kurang mendapat sambutan, tetapi kini penjualannya semakin menggalakkan. Saya pasti, semakin dekat dengan hari persembahan, semakin ramai yang teringin menontonnya.

    "Ketika yang sama saya sangat kecewa dengan sikap pelakon yang menarik diri pada saat akhir. Begitupun, saya tak boleh halang jika mereka ada komitmen lain. Terpaksalah mencari pengganti," katanya.

    Ifa Raziah menarik diri kerana dikatakan terbabit dengan komitmen lain dan kini digantikan dengan Liza Abdullah, manakala Gambit pula dikatakan tidak mampu menjiwai watak yang diberikan dengan berkesan hingga terpaksa digugurkan daripada muzikal itu. Dia digantikan dengan Arja Lee. Terbaru, Sohaimi Mior Hassan turut mengundurkan diri.

    Sohaimi dikhabarkan mempunyai masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan, namun sikap sambil lewa penyanyi yang terkenal dengan lagu Kalau Berpacaran itu dikatakan berlaku sejak sebulan lalu.

    "Saya tak kisah pelakon nak datang lambat, tetapi perlu beri komitmen. Ada juga pelakon yang datang sekali-sekala saja masa sesi latihan. Saya faham mereka ada komitmen lain sebab itu saya bagi kelonggaran.

    "Sohaimi pula tarik diri sebab mak dia sakit. Masa saya tawarkan kepadanya, dia cakap boleh menyanyi dan berlakon, tetapi bulan lalu, dia bagi tahu boleh menyanyi saja. Kini, dia tarik diri pula.

    "Manakala Ifa Raziah, masa mula-mula dulu cakap tak ada komitmen lain, jadi dia boleh tumpukan pada muzikal ini. Tiba-tiba tarik diri sebab ada komitmen lain pula," katanya kecewa.

    Tempat Sohaimi bagaimanapun digantikan dengan Latiff Ibrahim, yang dianggap mampu membawakan watak terbabit kerana artis veteran itu pernah berlakon dalam muzikal Terima Kasih Cinta baru-baru ini.

    Meskipun dihimpit pelbagai masalah, namun Lokman mahu melihat pementasan terbabit berjaya dan membawakan penonton ke zaman kegemilangan era 60-an. Lebih menarik, pementasan itu akan turut diiringi kugiran The Rhythm 60's dan The Wanderers di bawah pimpinan Rosli Abu Bakar.


    Sohaimi perlu jaga ibu

    SOHAIMI yang ditemui pada sesi uji bakat Kilauan Emas di Kuantan beberapa hari lalu menjelaskan, dia terpaksa menarik diri kerana terpaksa menjaga ibunya yang sakit.

    "Saya bukan sengaja tarik diri, sebaliknya kerana mak saya sakit teruk sejak awal bulan ini. Saya perlu menjaganya, jadi saya tak boleh nak berikan komitmen pada muzikal ini. Bukan kerana ada masalah dengan artis atau produksi terbabit, tetapi memang mak saya sakit dan kini saya dengan kakak bergilir-gilir menjaganya," kata Sohaimi.

    Memandangkan tempoh pementasan itu agak panjang, dia terpaksa mengambil keputusan berkenaan kerana mahu memberikan perhatian kepada ibunya yang berusia 87 tahun itu.

    Penyanyi ini juga menolak dakwaan mengatakan dia sedia untuk berlakon dan menyanyi dalam muzikal itu.

    "Saya tak pernah cakap saya nak berlakon dalam muzikal itu, saya cuma nak menyanyi saja. Tetapi, disebabkan faktor kesihatan mak, saya terpaksa tolak.
    Saya terima tawaran itupun sebab saya yakin saya boleh buat dan tertarik dengan jalan ceritanya, tetapi bila sudah jadi macam ini saya tak boleh elak," katanya.

    Tidak pernah ambil hati

    Posted: 18 May 2011 08:19 PM PDT

    Ramli MS jalankan tugas bantu peserta perbaiki kemampuan.
    Ramli MS jalankan tugas bantu peserta perbaiki kemampuan.
    Mentor pertandingan nyanyian, bukan majlis makan malam

    KEJUJURAN ketua juri, Datuk Ramli MS memberikan teguran kepada protege apabila dirasakan ada bahagian yang perlu diperbaiki bagaimanapun tidak disokong semua mentor apabila ada sebahagiannya yang beranggapan dia sengaja ingin mematahkan semangat anak didik mereka.
    Reaksi wajah kurang senang dengan teguran Ramli dapat dilihat dengan cukup jelas setiap kali kamera menghala ke wajah mentor. Justeru, apa peranan Ramli sebagai ketua juri? Adakah tidak layak untuk dia memberikan teguran apabila ada mentor yang enggan mendengar? Walhal, niat Ramli ikhlas memberitahu di mana kepincangan yang wajar mereka perbaiki.
    Bukan saja tidak berpuas hati, sedikit kontroversi berlaku dua minggu lalu apabila Rahim Maarof mencabar Ramli menjadi mentor pada musim akan datang. Walaupun Rahim berkata kepada media dia hanya berseloroh, namun tindakannya mengejutkan penonton kerana ia berlaku di atas pentas.

    Sebagai juri yang berpengalaman 35 tahun dalam bidang muzik, tidakkah Ramli berasa tercabar dengan pelbagai kerenah mentor? Tidakkah dia serik apabila kemampuannya dipertikai? Adakah dia masih ingin berada di kerusi ketua juri sekiranya terus ditawarkan?

    Sebetulnya Ramli kurang bersetuju ketika diminta persetujuannya untuk ditemubual berhubung perkara berkenaan. Baginya tiada isu yang perlu diperbesarkan kerana dia tidak pernah 'mengambil hati' walau sedikit pun terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan tegurannya.

    "Bagi saya apa yang Rahim katakan hari itu tidak menjadi sebarang isu kerana dia hanya berseloroh. Apabila dia mahu saya sendiri lalui pengalaman menjadi mentor seperti mana dia melatih Aiman, dari kosong kepada seorang penyanyi, saya rasa Rahim tersalah tafsir. Dia sepatutnya memilih peserta yang sudah ada asas sebagaimana peserta lain.
    "Sebagai juri, apa yang saya lihat, Aiman sepatutnya menunjukkan peningkatan dari sudut teknik nyanyian kerana dia menyertai pertandingan nyanyian.
    Persembahan yang menghiburkan saja tidak memadai kerana itu cuma satu bonus. Dalam pertandingan Mentor, kami mencari penyanyi yang boleh menyanyi dengan baik dan kreatif, bukan penghibur semata-mata.

    "Sepatutnya semua mentor perlu ambil berat terhadap vokal protege mereka kerana vokal adalah penyumbang markah paling besar iaitu 35 peratus. Sedangkan persembahan hanya menyumbang sebanyak 15 peratus. Jadi markah yang mana satu mereka mahu? Bagaimanapun kebanyakannya saya lihat lebih mementingkan keseronokan penonton berbanding kualiti vokal protege. Mentor ialah pertandingan nyanyian, bukan majlis makan malam. Saya memang tidak ambil kisah langsung fasal persembahan kerana pengkhususan saya hanya pada vokal.

    "Walaupun saya memberikan markah yang tinggi kepada peserta, tetapi apabila markah mereka dicampur dengan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) sebanyak 30 peratus, ia akan mempengaruhi keseluruhan markah mereka. Jadi jangan salahkan saya jika protege mereka mendapat markah rendah. Jika mereka fikir komen saya mempengaruhi pengundi, mereka silap," kata Ramli.

    Menurutnya lagi, sebagai juri, dia tidak suka memperkatakan perkara yang mengarut. Apa yang dikatakan kepada pasangan mentor dan protege adalah lahir daripada jiwa seninya. Sekiranya ada mentor yang berasakan komennya boleh menjatuhkan semangat protege mereka, tegasnya, mereka boleh menonton kembali persembahan anak didik masing-masing menerusi YouTube. Dari situ, mereka dapat mendengar lebih jelas lagi kesilapan peserta.

    Jangan jadi penyanyi burung kakak tua

    HANYA kerana mempunyai berpengalaman berpuluh tahun dalam dunia nyanyian, bukan bermakna mereka sudah memiliki ilmu yang cukup, justeru tidak boleh dijentik walau sedikit pun.

    Sebaliknya kata Ramli, mereka sepatutnya berterima kasih kerana dia sudi berkongsi ilmu bersama mereka. Mentor harus bersikap lebih sensitif dan membuang ego dengan mengambil kira pandangan orang lain untuk memperbaiki kelemahan protege masing-masing.

    Walaupun dirinya sering dipersalahkan, Ramli dengan rendah diri menyatakan dia tidak pernah mengambil hati terhadap kritikan mereka. Dia mengambil kata-kata negatif secara positif supaya dapat memperbaiki kekurangan diri.

    Bagi peringkat separuh akhir yang sudah pun bermula Ahad lalu, Ramli berkata, dia tidak lagi menegur perkara yang sudah disentuh sebelum ini. Sebaliknya, dia melihat empat peserta yang layak iaitu Salma, Iqa, Ratnah dan Shiha pada satu peringkat lain. Ramli juga sempat menitipkan beberapa pesanan kepada siapa saja yang berjaya ke final.

    "Pada peringkat akhir nanti mereka akan diberikan satu lagu baru. Apabila mendapat lagu sendiri, mereka perlu jadi diri sendiri. Dalam nyanyian, mereka perlu ada gubahan sendiri supaya mereka menjadi penyanyi yang intelektual. Saya tidak mahu mereka sekadar menjadi penyanyi burung kakak tua, iaitu penyanyi yang hanya menyanyikan lagu digubah tanpa berusaha untuk mencantikkan lagi lagu itu.

    "Saya bukan mendengar muzik tetapi saya melihat muzik. Saya mendengar muzik menggunakan minda bukan telinga. Saya juga tahu apa yang ada di minda peserta.
    Saya tahu mana yang bersungguh-sungguh dan mana yang main-main dalam pertandingan ini. Peserta yang berasa selesa dan main-main tidak mustahil akan dapat dikejar oleh peserta yang bersungguh-sungguh mahu menjadi penyanyi.

    "Selepas habis mentor, mereka perlu ada pembimbing yang tahu apa itu bisnes nyanyian. Saya tidak mahu mereka mengalami nasib seperti peserta program realiti lain yang terus senyap kerana tidak mendapat bimbingan orang yang berkaliber," katanya yang tidak akan serik untuk menjadi juri lagi jika diundang.

    Idam konsert dihadiri pemimpin

    Posted: 18 May 2011 08:18 PM PDT

    pix_gal0
    Peminat titis air mata saksikan Jamal menyanyi untuk ibu

    NILAI eksklusif Jamal Abdillah tidak pernah menyusut. Persembahan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kasihnya Ibu… sempena sambutan Hari Ibu menjadi bukti kedudukan Raja Pop itu masih di tangga teratas.
    Selepas persembahan yang menyaksikan 66 meja bernilai hingga RM5,000 itu habis dijual seminggu sebelum majlis berlangsung, penganjur merancang mengadakan pula konsert penghibur tersohor itu menjelang akhir tahun ini.
    Pada saat penyanyi lain terkial-kial mencari penganjur serta penaja bagi merealisasikan impian beraksi di persembahan berskala mega, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali hanya perlu membuka mulut menanti maklum balas pihak berkaitan.

    "Syukur dengan sambutan hari ini. Jika diizinkan-Nya saya mahu mengadakan konsert ketika Perhimpunan Agung UMNO nanti, yang boleh dihadiri ramai pemimpin terutama Perdana Menteri.

    "Hasrat ini sudah ada sejak tahun lalu lagi, malah saya harap menerusi siri perbincangan bersama PWTC dan beberapa bakal penaja, impian ini dapat direalisasikan," katanya pada sidang media usai persembahan yang diacarakan Dee.

    Tidak lekang dengan ucapan terima kasih, senyuman penghibur yang sudah menginjak usia 52 tahun itu sentiasa menguntum di bibir malah satu persatu persoalan dibalas sebaik mungkin, termasuk isu bersangkutan peribadi.
    Malah pada persembahan, dia seakan meluahkan rasa dengan pengikut tegarnya. "Walaupun ramai sayangkan saya, sampai hari ini saya masih sendiri," ucapnya penuh bermakna.

    Pengalaman nyata mendewasakan bintang ini kerana jika dibandingkan dengan suatu masa dulu, sikapnya pada zaman muda yang dikatakan cepat 'panas' seakan sudah menghilang dan kini, tatkala di pentas, Jamal mengakui lebih gemar berceloteh daripada sekadar menyanyi.

    "Dulu saya memang pemalu. Lama-kelamaan saya sedar, buat apa malu sebab yang datang adalah mereka yang sayangkan saya. Peminat setia umpama keluarga terdekat yang seharusnya tiada jurang pemisah," luahnya penuh bermakna.

    Berkongsi persediaannya menghadapi konsert berskala besar, tambah penyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir itu, sememangnya dia sudah lama bersedia, hanya menanti hari bersejarah itu direalisasikan saja.

    Dekat dengan peminat

    MENYINGKAP semula persembahan Kasihnya Ibu..., bagai direncanakan lebih awal pilihan lagu menjurus penghargaan terhadap golongan hawa yang cukup berjasa itu, malah dendangannya amat menyentuh hingga ramai menitiskan air mata.
    Antara dendangan penuh syahdu ialah Kasihnya Ibu, yang diakui penyanyi itu sendiri menjadi kegemaran arwah ibunya, sekali gus ia begitu bermakna.

    "Saya masih ingat menyanyikan lagu itu di tangga sambil bermain gitar. Waktu itu saya belum bergelar penyanyi. Ibu saya yang sedang memasak di dapur seronok sungguh sampai berkali-kali meminta saya membawakan lagu itu. Arwah ayah pula menggemari lagu Kekasih Awal Dan Akhir.

    "Petang ini kalau boleh saya mahu menyampaikan semua lagu permintaan peminat. Malah sehari sebelum persembahan, dalam senarai saya ada 30 lagu, tetapi memikirkan konsep, hanya 12 lagu boleh dipilih," katanya yang turut diiringi pemain saksofon muda, Alif Nasir menyampaikan Jeritan Batinku.

    Antara lagu pilihan Kepadamu Kekasih, Secupak Dua Cupak, Azura, Di Sudut Kamar Hatiku, Gadis Melayu dan Penawar Kasih malah seperti dijanjikan sebelum ini, Jamal turut berpadu suara dengan seorang peminat wanita membawakan lagu Sandarkan Pada Kenangan.

    Nyata gabungan itu menakjubkan hadirin dan lebih membuatkannya dekat dengan khalayak, apabila dia kerap turun ke deretan meja bertemu tetamu khususnya warga emas yang hadir semata-mata mahu menyaksikan persembahan ikon seni ini.

    Naluri sebagai anak yang kehilangan ibu bapa nyata mendekatkan Jamal dengan peminat yang sudah dianggap sebagai orang tuanya malah sebagai orang lama, dia begitu mengerti kehendak ramai yang mahu rangkaian lagu popularnya diperdengarkan.

    Tanpa minus one atau muzik iringan, anak jati Perak itu turut memenuhi permintaan terbabit dengan mengalunkan lagu Lancang Kuning dan Tidurlah Permaisuri. Itulah yang membezakan antara penyanyi dan penghibur, kerana Jamal Abdillah sememangnya seorang penghibur.

    Usah terlalu memilih

    Posted: 18 May 2011 08:16 PM PDT

    • Foto

    • Foto

      PAUL Bettany ketika menghadiri tayangan filem Priest di Mexico City.

    Bintang Priest anggap semua watak penting

    "BERLAKON membolehkan saya berpeluang menjadi individu lain, malah paling penting membuatkan saya berasa sentiasa muda," seloroh aktor Inggeris, Paul Bettany, sebaik diminta berkongsi cintanya terhadap bidang yang diteroka sejak berusia 19 tahun.
    Pelakon yang bakal menyambut ulang tahun ke-40 tahun pada 27 Mei ini antara tunjang utama filem aksi seram, Priest, yang menemui khalayak di pawagam seluruh negara sejak 12 Mei lalu. Filem terbabit turut dibintangi Karl Urban, Cam Gigandet, Maggie Q dan Lily Collins.
    Akui bintang tinggi lampai yang dipertanggungjawabkan membawakan watak Priest itu, lakonan umpama makanan harian, malah untuk mengubah selera, dia gemar mencuba peranan berbeza demi kepuasan diri sekali pun sekadar watak sampingan.

    Enggan meletakkan diri sebagai aktor kelas A, dedah Paul yang lebih dulu melengkapkan diri dengan ilmu lakonan di sekolah drama selain menyinar di pementasan West End, sikap terlalu memilih watak boleh 'mematikan' seseorang pelakon.

    "Aktor atau aktres yang baik perlu menghidupkan sesuatu peranan, bukannya menganggap watak ditawarkan tidak mencabar. Kitalah yang seharusnya membuatkan watak itu lebih bernyawa tidak kira ia sekecil mana pun. Itulah tanggungjawab sebenar pelakon.

    "Seperti kisah Priest ini. Barangkali jika belum menontonnya, orang memberi tanggapan ia tidak ubah seperti kisah seram lain. Hakikatnya setiap watak dan perwatakan mempunyai keunikan tersendiri, begitu juga kronologi plot," katanya ketika sesi temu bual bersama wakil media dari beberapa negara yang diterbangkan khas ke Beverly Hills.
    Bersama susuk tinggi lampai dan senyuman mesra, semua mata 'menangkap' kehadiran bintang The Da Vinci Code itu sebaik saja dia melangkah masuk ke bilik temu bual malah ramah bibirnya menanyakan asal setiap wakil media melihatkan aneka warna kulit duduk di dalam ruang kecil itu.

    Nyata Paul masih kekal dengan sifat lelaki Inggeris yang budiman serta begitu menghormati tetamu sekali pun dikatakan sudah berhijrah ke Hollywood dek faktor kesibukan dirinya yang tidak pernah putus mendapat tawaran berlakon.

    Hampir patah tangan jaya babak aksi

    WALAUPUN di dalam filem Priest wataknya digambarkan serius, tidak pernah senyum selain tegas, di luar dia begitu ramah berbicara malah setiap ceritanya diselit jenaka membuatkan tempoh 20 minit yang diberi terpaksa dipanjangkan hingga setengah jam.

    Tanpa melengahkan masa, Paul tidak lokek berkongsi pengalamannya berlakon sekali lagi di bawah arahan Scott Stewart yang mengangkat kisah pemburuan sekumpulan pontianak jadian daripada novel grafik popular nukilan Hyung Min-woo.

    Katanya, mereka pernah bekerjasama dalam filem Legion kira-kira dua tahun lalu dan apabila dikatakan bakal digandingkan semula dengan Scott, dia tidak berfikir panjang walau pun menyedari filem sebegini mencabar fizikal dan mentalnya.

    "Semakin orang kata sesuatu watak itu tidak mungkin boleh saya bawakan, semakin kuat hasrat saya mahu mencubanya. Dalam Priest pula, banyak aksi lasak yang memerlukan kemantapan stamina seperti babak pertarungan, adegan bermotosikal dan sebagainya. Biar punya pelagak ngeri, kami masih selesa menjayakan sendiri aksi terbabit.

    "Cuma tangan saya nyaris patah ketika berlawan dengan Black Hat di atas kereta api yang sedang bergerak. Memang wayar keselamatan berselirat di badan kami, cuma kadangkala kita tidak boleh menjangkakan perkara tidak elok, begitu juga tatkala menarik tangan Lucy, lengannya lebam kerana saya menggenggam terlalu kuat," katanya lagi.

    Memperbanyakkan senaman selain menjaga pemakanan, akui anak pasangan guru teater dan penari itu, ketangkasan pergerakan juga perlu dimantapkan malah rahsianya jangan culas menjalani latihan yang ditetapkan sebelum penggambaran bermula.

    'Labur di Malaysia dapat seluruh Asia'

    Posted: 18 May 2011 08:15 PM PDT

    NAJIB mempengerusikan mesyuarat pertama  'Global Science and Innovation Advisory Council'  di New York, semalam.
    NAJIB mempengerusikan mesyuarat pertama 'Global Science and Innovation Advisory Council' di New York, semalam.
    Najib beri 10 sebab pikat pelabur AS

    "MELABUR di Malaysia dan anda akan mendapat seluruh Asia. Begitu mudah sekali," kata Datuk Seri Najib Razak kepada peniaga dan pelabur Amerika Syarikat (AS) semalam.
    Berucap merasmikan Invest Malaysia New York 2011 yang dihadiri 363 kapten dan pemain industri terkemuka AS di Bursa Saham New York (NYSE), Perdana Menteri berkata, ia antara 10 sebab menjadikan Malaysia tempat paling baik untuk melabur, selain mengambil peluang daripada peruntukan sejumlah AS$440 bilion menerusi program transformasi kerajaan.
    Beliau berkata, lebih 5,000 syarikat dari lebih 60 negara sudah membuka pintu mereka di Malaysia, selain pembukaan 160 ibu pejabat operasi syarikat, 209 Pusat Prokumen Antarabangsa dan 19 pusat penyuraian serantau dengan bilangannya terus meningkat.

    Najib berkata, kekayaan hubungan sejarah Malaysia dengan China, India dan Timur Tengah membolehkan pelabur menjalin hubungan dengan pusat pertumbuhan ekonomi baru, selain meningkatkan hubungan dengan Barat.

    "Melabur di Malaysia bermakna mereka mendapat akses pasaran kepada lebih 600 juta rakyat dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dianggarkan AS$2 trilion tahun ini," katanya.

    Bagi pelabur AS, Najib menjelaskan sistem dagangan Malaysia adalah diterajui platform Euronext (NYSE) yang boleh mereka peroleh dalam tempoh mili-saat saja.

    Najib dalam ucapannya juga menggariskan alasan sebagai galakan syarikat AS patut melabur di Malaysia, iaitu:
    • Kekuatan ekonomi dalam kepelbagaian yang mana Malaysia ialah negara pelbagai etnik yang menarik. Perdana Menteri berkata, ini antara faktor beliau memperkenalkan gagasan 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat.

    • Memberi kebebasan semangat keusahawanan dengan contoh kejayaan AirAsia sebagai syarikat penerbangan kos rendah terbaik di dunia dan Axiata yang mempunyai 150 juta pelanggan telefon dan memberi perkhidmatan kepada lebih 1.5 bilion rakyat di lebih 10 negara, selain mempunyai dua daripada lima kumpulan bank terbesar di Asean – Maybank dan CIMB Bank.

    • Terus melakukan liberalisasi perkhidmatan utama – dua tahun lalu meliberalisasi 27 perkhidmatan sub-sektor dengan membenarkan pelabur asing meluaskan akses pasaran dengan ekuiti 100 peratus.

    • Kerajaan membantu menjayakan perniagaan dan bukan sebaliknya – mewujudkan suasana perniagaan dibenarkan berkembang, termasuk mewujudkan Program Transformasi kerajaan (GTP).

    • Turut melakukan transformasi ekonomi – menjadikan negara berpendapatan tinggi. Komitmen jumlah pelaburan melebihi A$S35 bilion dan menjangkakan mewujudkan 298,000 peluang pekerjaan menjelang 10 tahun akan datang.

    • Meningkatkan pelaburan asing dalam pasaran modal.

    • Pelabur boleh mendapat manfaat sepenuhnya melalui Asean. Jika Asean sebuah negara, ia bernilai AS$2 trilion dan berada pada kedudukan kesembilan sebagai ekonomi terbesar di dunia dan ketiga terbesar di Asia.

    • Peluang meningkatkan pembabitan syarikat AS, termasuk Microsoft, Dell dan Intel yang berada dalam negara, selain memastikan matlamat Wawasan 2020 dicapai

    Hakis, kikis, lenyap

    Posted: 18 May 2011 08:10 PM PDT

    MOHD Farid Khan Kadir, 24 (kiri), dan rakannya berdiri atas batang pokok bakau dan kelapa yang tumbang akibat hakisan di Pantai Punggur yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Batu Pahat, Johor, kawasan rendah di pesisiran pantai Semenanjung yang terdedah kepada peningkatan paras air laut akibat pemanasan global.
    MOHD Farid Khan Kadir, 24 (kiri), dan rakannya berdiri atas batang pokok bakau dan kelapa yang tumbang akibat hakisan di Pantai Punggur yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Batu Pahat, Johor, kawasan rendah di pesisiran pantai Semenanjung yang terdedah kepada peningkatan paras air laut akibat pemanasan global.
    Negara perlu persediaan awal tangani paras air laut meningkat

    KUALA LUMPUR: Kajian tempatan dan antarabangsa mengesahkan air laut semakin meningkat akibat pemanasan global, sekali gus mencetuskan gesaan masyarakat antarabangsa supaya isu berkenaan diberi perhatian serius oleh semua negara.
    Menurut Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keempat oleh Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang dikeluarkan pada 2007, ada bukti kukuh paras air laut dunia meningkat beransur-ansur dalam abad ke-20, dan dijangka semakin serius pada abad ini akibat dua punca utama, iaitu pengembangan air laut daripada faktor haba serta kecairan bungkah ais.
    Kajian oleh Ketua Program Geoinformasi, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Khali Aziz Hamzah bersama Hamdan Omar, bertajuk 'Vulnerability Assestment of Coastal Zones Using Geospatial Technologies' yang diperoleh dari internet, turut memetik laporan IPCC 2001 yang menjangkakan peningkatan tambahan 48 sentimeter (sm) air laut, menjelang 2100, iaitu dua kali ganda kadar peningkatan untuk abad ke-20.

    Awasi riba dalam pembelian emas

    Posted: 18 May 2011 08:08 PM PDT


    Logam emas kini bukan sahaja diminati kaum wanita malah kaum lelaki juga semakin memahami ketinggian nilainya. - Gambar hiasan


    AKHIR-akhir ini timbul keghairahan di kalangan umat Islam di negara ini untuk membeli dan melabur dalam emas sama ada dalam bentuk siling, jongkong dan sebagainya.

    Situasi ini menyebabkan ada di kalangan mereka lupa akan batas-batas syariah berkaitan pembeliannya sehingga membawa kepada amalan riba yang diharamkan Islam.

    Allah SWT mengisytiharkan perang ke atas pelaku riba. Ini terkandung dalam penegasan-Nya dalam firman: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah': 278-279)

    Secara umum, riba adalah sebarang pertambahan dalam urus niaga sesuatu barangan atau tambahan ke atas hutang disebabkan tempoh pembayaran yang lewat.

    Emas selaku komoditi bernilai merupakan salah satu barangan berunsurkan riba (ribawi) yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh 'Ubadah bin al-Samit : Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika asnaf-asnaf ini berbeza, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim)

    Hadis ini menyenaraikan barangan ribawi yang terbahagi kepada dua kategori, iaitu matawang seperti emas, perak, ringgit, dollar dan sebagainya serta makanan asasi seperti padi, gandum, barli, tamar dan garam.

    Walaupun begitu, syarat ini tidak terpakai dalam urus niaga barangan ribawi yang berlainan kategori dan jenis, seperti membeli padi dengan menggunakan emas atau urus niaga barangan ribawi dengan barangan bukan ribawi seperti boleh membeli kereta dengan menggunakan emas atau matawang lain.

    Urus niaga pembelian emas kini melibatkan pertukaran emas dengan matawang lain. Menurut muamalat Islam, pembelian atau pertukaran matawang dengan matawang seperti membeli emas dengan wang ringgit adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf (tukaran wang).

    Justeru, pembelian emas mestilah mematuhi syarat kontrak tersebut, iaitu mestilah tunai serta-merta tanpa ditangguh atau diberi tempoh. Syarat serahan dan penerimaan barangan emas mestilah berlaku semasa akad pembelian sebelum berpisah.

    Oleh itu, kita semua perlu mengawasi perkara ini demi mengelak diri daripada terkena najis riba yang kemudiannya akan terkena bakaran api neraka serta dilaknat Allah SWT. Ingatlah amaran Rasulullah SAW: Allah melaknat orang yang memberi dan menerima riba. (riwayat Muslim)

    Zulkifli pantang menyerah

    Posted: 18 May 2011 08:07 PM PDT


    Zulkifli Hussain sentiasa menjadikan kesukaran hidup sebagai pemangkin semangat untuk dia meneruskan kelangsungan hidup sekeluarga.


    DARAH perjuangan sentiasa mengalir dalam urat nadinya. Kembang-kempis dadanya mempertahankan kedaulatan negara tidak pernah terhenti. Dia pernah beberapa kali berperang dengan komunis. Hinggalah tiba hari yang tidak terduga, sebelah kakinya hancur terkena jerangkap samar angkara pengganas komunis pada tahun 1978.

    Itulah gambaran betapa hebatnya semangat juang yang mengalir laju dalam tubuh lelaki sasa ini, Zulkifli Hussain, 54, yang bakal mengisi ruangan Jejak Asnaf pada kali ini.

    Berasal dari Kedah, namun kini betah mendiami sebidang tanah subur milik isterinya, Raiza Abdullah, 43, di Sepang. Di situ Zulkifli berbudi kepada tanah dengan cekal. Berbekalkan semangat dan kesungguhan, dia bangkit mencorak masa hadapan demi keluarga. Kehadiran Lembaga Zakat Selangor (LZS) pula menambahkan keazaman dan menjadikan angan-angan sebuah kenyataan.

    "Setelah kehilangan sebelah kaki angkara jerangkap samar komunis, saya telah dipindahkan untuk berkhidmat di pejabat. Saya kemudiannya bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun 1986 dengan pangkat yang rendah.

    "Setelah bersara, saya tahu pencen yang saya peroleh tidak mampu untuk menampung keperluan anak-anak yang sedang membesar. Semuanya sudah pasti memerlukan biaya yang juga besar. Maka, saya mengambil keputusan mencari pekerjaan yang sesuai dengan keupayaan," katanya.

    Menurut Zulkifli, pengalaman sebagai bekas anggota tentera membolehkannya menjadi pengawal keselamatan. Namun apabila majikannya mengetahui beliau adalah salah seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) akibat kehilangan sebelah kaki, maka dia terpaksa melepaskan jawatannya.

    "Kerja sebagai pengawal keselamatan memang memerlukan orang yang bukan sahaja sihat, tetapi juga cukup sifatnya. Orang seperti saya memang tidak boleh diterima sebagai pengawal keselamatan di mana-mana pun," tambahnya.

    Satu masa dahulu, dek kerana kemiskinan mereka pernah mendiami rumah yang begitu uzur. Makan-minum pun amat ala kadar.

    Bukan sekali mereka anak-beranak terpaksa berbuka puasa dengan nasi goreng semata, tanpa ada jus buah-buahan yang enak dan segala kuih-muih pembuka selera. Pakaian pun jarang bertukar persalinannya, apatah lagi untuk bermewah-mewah.

    Namun, semuanya mulai bertukar wajah mulai tahun 2008. Kala itu, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah berjaya mengesan kesusahan Zulkifli sekeluarga. Lalu mereka segera datang. Malah masalah Zulkifli segera dirujuk kepada LZS.

    Seperti biasa, LZS segera menjalankan siasatan. Hasilnya, Zulkifli telah dimasukkan sebagai asnaf zakat yang melayakkan mereka sekeluarga menerima pelbagai jenis bantuan. Khususnya buat anak-anak Zulkifli yang jumlahnya enam orang. Peluang pendidikan mereka bertambah cerah dengan sokongan LZS.

    "Sebenarnya saya malu untuk mengadu hal. Jika boleh, saya mahu masalah keluarga saya ini saya hadapi sendiri," dia cuba menjelaskan keadaan.

    Hakikatnya, LZS benar-benar memberikan sentuhan mulus buat mereka sekeluarga. Sebagai contoh, anak-anak Zulkifli yang dahulu sering ke sekolah tanpa wang saku, kini mampu melangkah dengan sedikit wang belanja.

    "Alhamdulillah, saya memang merasakan perbezaan selepas LZS memberikan bantuan," ujarnya.

    Tahun 2009, satu lagi lembaran baru bermula dalam sejarah hidup Zulkifli. Hasil kesungguhannya untuk merubah kehidupan telah meyakinkan LZS untuk menyalurkan bantuan kepadanya dalam skala yang lebih besar. LZS telah menyalurkan bantuan berupa modal penternakan berjumlah RM20,000 yang diberikan dalam bentuk bekalan lima ekor induk kambing dan sebuah kandang.

    "Alhamdulillah, pada tahun yang sama juga ada individu lain yang telah sudi menyerahkan tujuh ekor kambing, sehingga membolehkan saya memiliki 11 ekor kambing semuanya." Tambah Zulkifli lebih ceria.

    Allah memberikan idea kepada Zulkifli demi memanjangkan punca rezekinya.

    "Kemudiannya, saya menjual kambing-kambing saya yang telah cukup umur. Harga setiap ekor boleh mencecah lebih RM1,000 jika kambing gemuk dan sihat.

    "Dengan wang jualan itulah, saya beli pula lima ekor lembu. Lembu-lembu itu saya ternak dan nanti bolehlah pula saya jual. Harganya pun mahal," cerita Zulkifli.

    Kini, kehidupannya sekeluarga bertambah baik. Sebuah rumah tiga bilik tersergam indah juga hasil bantuan LZS berdiri kukuh di tanah milik isterinya.

    Zulkifli juga tidak lagi mahu menerima bantuan pendidikan, kerana baginya dia sudah mampu memberikan biaya pendidikan buat anak-anaknya.

    Dalam diam, Zulkifli juga merancang untuk keluar daripada asnaf zakat menjelang dua tahun akan datang. Itulah cita-citanya.

    "Apa yang mampu saya ungkapkan, hanyalah ucapan alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pembayar zakat.

    "Sesekali terfikir, amat besar manfaat zakat ini. Sukar dibayangkan, apakah nasib orang-orang seperti saya, jika tiada institusi zakat seperti LZS, yang sentiasa prihatin dan siap memberikan bantuan. Semoga Allah SWT sahajalah yang akan membalas segala-galanya," katanya mengakhiri bualan dengan nada penuh kesyukuran.

    Nota: Bagi pembaca yang berminat untuk membeli kambing atau lembu, Zulkifli Hussain boleh dihubungi di talian 012-301 3950.

    Ibu bapa tunjang keluarga

    Posted: 18 May 2011 08:06 PM PDT


    Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak menuntut tugasan yang lebih daripada sekadar mencari rezeki. - Gambar hiasan


    SAMBUTAN hari ibu dan bapa yang diadakan saban tahun bertujuan untuk memperingati dan mengenang jasa setiap ibu bapa. Mereka diraikan, diberi hadiah dan ucapan terima kasih atas jasa dan pengorbanan selama ini.

    Tidaklah salah meraikan dan menggembirakan ibu bapa sebegitu. Tetapi harus diingat bahawa menghargai ibu bapa bukan semata-mata hanya pada hari-hari tertentu sahaja. Mereka perlu dilayan, dijaga baik dan dikenang setiap hari.

    Allah telah memerintahkan manusia supaya sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan mengucapkan kata-kata yang mulia kepada mereka (surah al-Israa', ayat 23). Seorang anak dilarang mengatakan 'Ah!' apatah lagi menyakiti hati dan menderhakai mereka.

    Dalam surah Luqman, Luqman Al-hakim juga menasihati anaknya supaya sentiasa mentaati perintah ibu bapa selagi tidak menyalahi perintah dan syariat Allah. Berlemah lembut, tolong menolong dan berbudi bahasa adalah antara tanggungjawab seorang anak kepada setiap ibu bapanya.

    Malangnya, adab-adab dan sikap inilah yang semakin terhakis dalam kehidupan anak-anak sekarang. Bukan sahaja remaja, malah yang dewasa juga tidak lagi menghormati ibu bapa yang semakin tua dan tidak berdaya. Jelas sekali ini bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

    Ada anak-anak yang tidak menganggap ibu bapa sebagai tanggungjawab mereka apabila ibu bapa telah tua.

    Kesibukan bekerja dan faktor kewangan antara faktor menyebabkan banyak ibu bapa dipinggirkan dan terbiar sepi di kampung atau rumah orang tua.

    Sebagai remaja, perasaan belas kasihan dan mengasihi ibu bapa harus dipupuk dan disuburkan selalu. Pada peringkat remaja, adakalanya kehendak dan kemahuan tidak seiring dengan apa yang ibu ayah sudah aturkan untuk mereka. Jiwa remaja mudah memberontak, ingin mencari kebebasan serta tercari-cari lagi watak dan jati diri.

    Justeru, remaja yang tidak terdidik dengan perasaan belas ihsan dan simpati terhadap orang lain mudah sahaja membuat tindakan yang kurang wajar sekiranya keinginan mereka tidak dipenuhi. Misalnya lari dari rumah, meninggikan suara serta bersikap bengis terhadap ibu bapa mereka. Segala keinginan mereka harus dipenuhi serta merta walaupun adakalanya mengetahui ia tidak baik atau ibu bapa tidak mampu menyediakannya.

    Sekiranya anak-anak dibesarkan dengan watak-watak seperti di atas, bayangkan implikasinya kepada masyarakat dan keluarga apabila dewasa.

    Sikap pentingkan diri sendiri, ego, panas baran, bengis dan degil diwarisi sehingga ke tua. Lebih malang lagi jika anak-anak mereka pula mewarisi sikap yang sama.

    Mendidik anak-anak menjadi seorang yang berbudi bahasa dan memahami tanggungjawab ibu bapa tidaklah mudah. Tetapi ia bermula daripada kefahaman yang ibu bapa terapkan pada anak-anak mereka.

    Ada ibu bapa beranggapan bahawa tanggungjawab mereka terhadap anak-anak sekadar mencari rezeki, mencukupkan pakaian dan makan minum anak-anak, tetapi mengabaikan tanggungjawab mendidik rohani anak-anak. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak menuntut tugasan yang lebih daripada sekadar mencari rezeki siang malam.

    Justeru peranan ibu dan ayah amatlah penting dalam pembentukan watak dan pendirian anak. Ibu sering dirujuk sebagai faktor penting dalam pendidikan. Bapa juga tidak kurang penting membentuk anak dalam kepemimpinan. Bapa adalah lambang ketua dalam sebuah rumah tangga. Didikan ibu dan kepemimpinan bapa boleh memberi perlindungan kepada isteri dan contoh kepada anak.

    Pada diri seorang ibu ada unsur penting dalam proses didik, asuhan, kasih sayang, kesabaran dan memiliki kasih sejati terhadap anak. Allah telah memberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi kepada wanita yang bergelar ibu untuk menanggung kesusahan dan kepayahan demi anaknya.

    Seorang ibu sanggup melalui tempoh mengandung dengan susah payah sehinggalah melahirkan anak dalam kesakitan dan kepedihan. Ibu jugalah yang penat berjaga malam untuk menyusu dan menyalin lampin anak dan bersengkang mata sekiranya anak kurang sihat. Naluri seorang ibu sememangnya berkehendakkan anaknya sentiasa dalam keadaan sihat dan sempurna.

    Ibu adalah pelengkap kepada watak bapa. Ia menjadi faktor penting dalam proses pembangunan zuriat, anak dan generasi. Ibu yang berilmu dan berketerampilan memahami proses pertumbuhan dan pembesaran anak baik dari sudut minda, psikologi, emosi dan tabiat, serta memiliki cara dan kaedah berkesan bagaimana anak harus diremajakan dan didewasakan.

    Menjadi seorang ayah pula adalah peranan yang payah. Ia tidak bererti memonopoli segala hak dan tanggungjawab, tetapi dikongsi dan dilalui bersama-sama secara sukarela dan penuh faham tanggungjawab.

    Watak ayah tidak sama dengan watak ibu. Tetapi Allah menjadikan mereka berpasang-pasangan untuk saling melengkapi. Seorang ayah perlu insaf bahawa pada ibu ada peranan penting untuk membentuk watak anak.

    Dalam masa yang sama ayah harus berasakan bahawa ibu adalah amanah Allah yang besar. Ibu juga perlu dikasihi dan disayangi. Semangat kebapaan memberi perlindungan, tunjuk ajar, bimbingan dan rasa persefahaman dengan ibu. Ia bakal mewujudkan suasana rumah tangga harmoni dan damai dan memberi contoh yang baik kepada proses pendewasaan anak-anak.

    Temui Islam di usia muda

    Posted: 18 May 2011 08:05 PM PDT


    Dialog antara agama bukanlah sesuatu yang baru di seluruh negara. - Gambar hiasan


    DIBESARKAN dalam suasana yang kuat kepercayaan kepada Tuhan sedari kecil lagi, pergi ke gereja adalah rutinnya pada setiap hari Ahad. Malah, anak kecil ini juga menghadiri kelas pengajian kitab Injil dan menyertai persembahan koir gereja.

    Pun begitu, kesemua yang dilakukan itu bukan jaminan pemilik nama Natassia M. Kelly untuk menjadikan agama sebagai sesuatu yang benar-benar penting dalam hidupnya.

    Akui gadis yang berasal dari Amerika Syarikat itu, ada waktu-waktunya dia merasakan seolah-olah dirinya berada hampir dengan Tuhan.

    "Saya selalu berdoa kepada Tuhan agar Dia memberikan saya petunjuk dan kekuatan pada ketika saya ditimpa kesusahan atau meminta sesuatu ketika saya menghendakinya.

    "Tetapi antara saya dengan Tuhan rasanya semakin lama semakin luput apabila saya sudah tidak lagi merayu dan merintih kepada Tuhan untuk sesuatu hajat. Saya sedar walaupun saya mempercayai Tuhan, tetapi kepercayaan atau pegangan itu begitu lemah.

    "Apatah lagi, saya melihat dunia ini seperti sebuah permainan yang mana Tuhan sendiri terlibat di dalamnya dari semasa ke semasa. Dia mengilhamkan orang untuk menulis kitab Injil dan entah bagaimana orang ramai pun mendapat satu kepercayaan daripada ayat-ayat yang tertulis di dalamnya," luahnya.

    Lantas, apabila semakin meningkat dewasa dan semakin sedar tentang dunia, Natassia mula lebih yakin kepada Tuhan. Baginya, Tuhan itu mesti wujud bagi memastikan dunia ini terus berjalan dalam keadaan yang teratur. Seandainya Tuhan itu tidak ada, pastilah dunia ini sudah hancur lebur atau kacau bilau.

    Perasaan itu katanya, mewujudkan satu perasaan selamat dengan anggapan terdapatnya satu kuasa ghaib yang memandu dan menjaga manusia.

    Tambah Natassia, lumrah kanak-kanak, mereka selalu menerima agama yang dianuti oleh kedua-dua ibu bapa.

    Ia tidak ada beza dengan dirinya. Tetapi pada usia 12 tahun, dia mula memikirkan tentang soal-soal kejiwaan atau kerohanian dengan lebih mendalam.

    "Apabila berada dalam kesusahan atau memerlukan sesuatu, saya dengan mudah akan berdoa kepada sesuatu yang saya panggil Tuhan. Tetapi siapakah Tuhan ini sebenarnya? Saya pernah bertanya kepada ibu saya, kepada siapakah saya harus berdoa, kepada Nabi Isa atau kepada Tuhan?

    "Mempercayai bahawa ibu pasti betul, saya pun berdoa kepada Nabi Isa dan kepada dialah saya memberikan segala pujian dan sanjungan. Saya pernah diberitahu bahawa persoalan agama itu tidak boleh dihujah.

    "Pun begitu, saya dan rakan-rakan kerap melakukan perkara yang dilarang ini. Ini kerana, kami sering berdebat tentang aliran-aliran Protestan, Katholik dan agama Yahudi.

    "Menerusi perdebatan-perdebatan inilah, saya mencari diri sendiri dengan lebih mendalam dan sedar bahawa saya perlu lakukan sesuatu untuk mengisi kekosongan jiwa.

    " Justeru, sewaktu berusia 13 tahun, saya memulakan pencarian mencari kebenaran," katanya.

    Perubahan sikap Natassia mula disedari oleh ibunya. Ditambah pula dia berkongsi secara terbuka dengan keluarga apa juga ilmu baru yang diterimanya.

    Dia mula mempelajari tentang kepercayaan, amalan dan doktrin-doktrin di dalam lingkungan agama Kristian dan sedikit kepercayaan serta amalan dalam agama Yahudi.

    "Beberapa bulan dalam pencarian itu, saya sedar bahawa saya juga percaya saya memang ditakdirkan masuk ke neraka.

    "Tanpa mengambil kira apa juga dosa-dosa atau kesalahan yang telah dilakukan, saya tetap akan meneruskan perjalanan saya 'ke neraka', seperti mana yang sering diucapkan oleh paderi-paderi di gereja.

    "Saya tidak boleh mempercayai segala ajaran yang terkandung dalam agama Kristian. Walau bagaimanapun saya terpaksa akur dan cuba untuk mempercayai kesemuanya.

    "Saya masih ingat banyak kali juga ketika berada di dalam gereja, saya terpaksa bertarung dengan diri sendiri sewaktu diadakan upacara 'panggilan kepada ketaatan' (Call to Discipleship).

    "Saya diberitahu bahawa dengan hanya mengakui Nabi Isa itu Tuhan dan penyelamat, saya akan dijanjikan kehidupan yang kekal abadi di dalam syurga. Saya tidak pernah berjalan di antara kerusi-kerusi gereja untuk menuju kepada paderi yang berdiri di hadapan dengan kedua-dua tangannya terbuka luas.

    "Keengganan ini membuatkan saya berasa lebih takut bahawa saya akan menuju neraka," terang Natassia.

    Katanya, sejak itu dia sering dalam keadaan gelisah. Tidurnya diganggu mimpi-mimpi ngeri dan semakin dicengkam kesunyian.

    Kebingungan Natassia semakin memuncak apabila kepercayaannya kepada ajaran Kristian semakin goyah. Apatah lagi banyak persoalan yang cuba diajukan kepada penganut Kristian yang berpengetahuan tinggi, tidak pernah mendapat jawapan yang memuaskan hati.

    Persoalan mengenai ketuhanan semakin menambahkan kekeliruan dan ketidaktentuan dalam hidupnya.

    Untuk selama 15 tahun, Natassia sedar dia sekadar mengikuti suatu kepercayaan atas dasar ia merupakan kepercayaan kedua-dua ibu bapanya semata-mata.

    Jelajah dunia melalui penulisan

    Posted: 18 May 2011 08:04 PM PDT


    BERNICE Narayanan


    KETIKA di sekolah rendah, Bernice Narayanan merupakan satu-satunya pelajar bukan Melayu yang menerima anugerah karangan Bahasa Melayu terbaik.

    Ia satu pencapaian yang membanggakan buat dirinya dan ahli keluarga. Malah ketika guru bertanya tentang cita-citanya, Bernice dengan bangga berdiri di hadapan kelas di Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur menjawab: "Saya ingin menjadi seorang penulis!"

    Cinta Bernice kepada dunia penulisan membuatkan beliau tidak pernah berkompromi dalam segala hal berkaitan tugasnya.

    Segala amanah yang dipegang, dipikul dan dilaksanakan dengan sebaiknya sehingga beliau juga sanggup meninggalkan rakan-rakan dan keluarga di tanah air untuk menimba pengalaman bertugas di luar negara selama bertahun-tahun.

    "Pernah satu hari apabila saya bangun dari tidur dan tertanya-tanya saya ada di negara mana ketika itu. Kerja betul-betul membuatkan saya terlupa segalanya termasuklah keperluan diri sendiri," jelasnya yang ditemui di Royal Commanwealth Society, Damansara Heights, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Dek kerana kesibukannya, anak ke lapan daripada 11 beradik ini juga pernah melalui pengalaman jatuh pengsan ketika satu lawatan kerja di Singapura.

    "Saya dimasukkan ke hospital dan diberitahu bahawa perut saya mengalami pendarahan dan kebocoran dalaman sebesar ibu jari.

    "Malah doktor juga berkata bahawa saya hanya mempunyai 48 jam sahaja untuk hidup. Ketika itu usia saya 29 tahun dan saya berdoa agar Tuhan memberikan memanjangkan usia.

    "Saya yakin bahawa Tuhan memakbulkan doa saya akhirnya sihat dan segar hingga kini," imbas Bernice.

    Bercerita tentang pengalamannya, Bernice memulakan karier pertamanya sebagai penulis pelancongan di Kuala Lumpur.

    Cinta Bernice pada dunia pelancongan dan penulisan membuatkan dia akhirnya berhijrah ke beberapa negara termasuk Australia, Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Asia untuk menambah pengalaman hidup.

    "Setelah bertahun-tahun di luar negara, saya akhirnya pulang ke Malaysia dan menubuhkan sebuah syarikat penerbitan, BN & Associates Sdn. Bhd. pada tahun 1987," ujarnya.

    Kerana terlalu lama berkhidmat di luar negara, kemahiran Bernice bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu telah pudar sama sekali.

    Malah beliau mengaku kini lebih selesa berbahasa Inggeris sahaja kerana apabila takut mesej yang hendak disampaikan menjadi lain apabila berbahasa Melayu.

    Walau apa pun cabarannya, syarikat Bernice meraih pelbagai anugerah termasuk Penerbitan Pelancongan Terbaik melalui dua buah buku terbitannya Mystical Malaysia dan 90 Reasons To Visit Malaysia.

    Tidak cukup dengan itu, Bernice sendiri turut memenangi anugerah Penulis Pelancongan Terbaik sebanyak dua kali oleh Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia.

    Cintanya terhadap dunia penulisan tidak terhad kepada penulisan pelancongan, sebaliknya genre-genre lain termasuk buku cerita untuk kanak-kanak dan sebagainya.

    Pada 2003, Bernice menulis buku meja kopinya sendiri bertajuk Mystical Malaysia... Remembering.

    Buku itu mengandungi catatan peribadi beliau tentang perjalanan ke segenap negeri di Malaysia dan gambar-gambar yang diambilnya sendiri.

    Buku meja kopi kedua Bernice adalah tentang mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia diterbitkan pada tahun 2007.

    "Ketika saya bertanya kepada Tun bahawa saya ingin menulis satu buku tentangnya, Tun berkata 'ada ke orang yang mahu tahu tentang saya'? Malah apabila ia diterbitkan Tun tidak percaya ada yang mahu membelinya," imbas Bernice lagi.

    Selepas itu satu demi satu buku tulisan Bernice diterbitkan termasuk buku cerita untuk dewasa bertajuk Tangled Emotion yang diterbitkan dalam dwi bahasa Inggeris dan Melayu.

    Hasi kredibiliti yang dibina, Bernice turut diberi kepercayaan untuk mengetuai beberapa projek penulisan dan penerbitan.

    Tahun lepas sahaja, Bernice telah berjaya menyiapkan biografi Datuk Seri S. Samy Vellu diikuti dengan buku meja kopi yang bertajuk A Life. A Legend. A Legacy.

    Terkini, Bernice menghasilkan koleksi cerita kanak-kanak terbitan Oxford Fajar bertajuk The Fisherman's Daughter and Other Stories. Ia merupakan pengalamannya sendiri yang berada di sebuah perkampungan nelayan.

    "Memang satu pengalaman yang tidak akan dilupakan, duduk di salah satu rumah nelayan, makan ikan kering dan merasai kehidupan seperti mereka," katanya yang sehingga kini masih menggemari kisah dongeng pari-pari.

    Pencapaian hebat Bernice membolehkan dirinya tersenarai dalam 16 Marquis Who's Who dalam dunia profesional pada tahun 1999.

    Malah Pusat Biografi Antarabangsa Cambridge England turut mengiktiraf Bernice dalam kategori World's Outstanding People.

    "Saya tidak suka merangka matlamat dalam satu jangka masa panjang, jika diberi hari ini maka saya akan pastikan saya melakukan tugasan yang terbaik untuk hari ini," katanya berkongsi rahsia kejayaan.

    Bagaimanapun Bernice punya satu impian iaitu untuk menghasilkan skrip dan filem sendiri.

    "Ia akan tercapai satu hari nanti," katanya yang gemar berkebun pada masa lapang.

    Sokongan keluarga bebas obesiti

    Posted: 18 May 2011 08:03 PM PDT


    Zulkifli Mohamad dan isteri, Rohaya Hussin kini lebih langsing hasil amalan gaya hidup sihat.


    BILA bercakap mengenai makanan, keluarga enam beranak ini pasti diburu keterujaan. Malah mereka pernah melancong sehingga beratus-ratus kilometer ke negeri-negeri terutama di Malaysia - bukan untuk sejarah atau budaya - tetapi hanya untuk pengalaman menikmati makanan.

    "Kami sama seperti orang lain, sukakan makanan. Apatah lagi ia sukar dielakkan apabila tinggal di Malaysia, yang sungguh kaya dengan kepelbagaian makanan yang unik dan sedap," kata ketua keluarga tersebut Zulkifli Mohamad, 53.

    Faktor jauh ataupun dekat tidak menjadi penghalang untuk keluarga ini. Mereka tidak kisah untuk memandu hingga sejauh 50 kilometer untuk hanya makan malam di hotel atau mana-mana tempat makan yang menjanjikan makanan yang lazat.

    Keluarga ini juga akan memastikan perjalanan mereka itu berbaloi walaupun terpaksa makan dengan sekenyang-kenyangnya.

    Zulkifli yang berasal dari Kedah dan kini menetap di Kelantan berkata tabiat makan yang kurang sihat itu turut dikongsi bersama isterinya, Rohaya Hussin, 48, dan seorang anak perempuannya, Nur Zahin, 23.

    "Saya makan macam tak ingat dunia, banyak juga termasuk makanan yang merapu-rapu. Tidak pernah pula terfikir untuk makan ala kadar.

    "Lebih-lebih lagi jika kami makan di kedai makan atau restoran yang jaraknya jauh sehingga 40 atau 50 kilometer dari rumah, kami pasti akan makan banyak sehingga tak mampu nak bergerak supaya perjalanan jauh yang kami lalui untuk ke restoran itu berbaloi.

    Keluarga besar

    "Selera kami bertiga memang besar... sebab itulah lama kelamaan kami muncul dan mula dikenali sebagai keluarga 'besar' biarpun sebenarnya jumlah ahli keluarga kami tidaklah besar mana," kata Zulkifli yang mempunyai empat anak, sambil tersenyum.

    Biarpun menerima gelaran sedemikian, namun ia tidak memberi sebarang kesan kepada keluarga berkenaan untuk mengubah diet mereka.

    Bagaikan perumpamaan 'perut kenyang, hati senang' , begitulah juga keluarga "besar" Zulkifli, asal mereka dapat menikmati makanan, apa jua yang dikatakan masyarakat sekeliling tidak pernah menjadi tekanan.

    Namun, kegembiraan keluarga besar Zulkifli untuk terus menikmati makanan akhirnya semakin hilang apabila ketiga-tiga mereka mula menghadapi masalah.

    "Sebelum ini saya, isteri dan seorang anak tak pernah risau dan bimbang untuk makan, orang kata hentam semua, asal kenyang dan puas hati...badan naik, perut dah jauh ke depan tak pernah kami ambil kisah.

    "Sampailah saya mula diserang sakit-sakit, sakit dada, sakit kaki, bahkan saya semakin cepat penat dan dah tak mampu nak bawa keluarga berjalan-jalan kerana tak larat nak pandu kereta, ketika itu berat saya 113.6 kilogram, " katanya.

    Isterinya Rohaya yang seberat 77.5 kilogram turut diserang sengal-sengal tulang, tidak bertenaga dan lemah. Manakala anaknya Nur Zahin pula menghadapi krisis hilang keyakinan dan mulai malu untuk keluar ke tempat awam kerana badan yang semakin membesar dengan berat 90 kilogram.

    "Paling perit masa saya nak menyempurnakan ibadah haji tiga tahun lepas. Susahnya untuk menyempurnakan ibadah haji kerana badan besar dan berat. Ia memberi tekanan kepada mental dan fizikal saya untuk menyelesaikan tuntutan agama," katanya.

    Hasil pemeriksaan doktor mendapati beliau mula menghidap tekanan darah tinggi, kencing manis dan jantung manakala isteri dikesan menghidap darah tinggi kerana faktor pemakanan dan berat badan.

    Zon selamat

    "Apabila mengetahui kami sekeluarga bukan lagi di zon selamat kerana mula menghidap pelbagai penyakit, kami mulai diburu ketakutan dan sedar perlu lakukan sesuatu supaya tidak lagi berada dalam keluarga "besar" yang memeritkan.

    "Tak ada cara lain untuk kami kembali sihat melainkan mengubah gaya hidup," katanya.

    Justeru Zulkifli berkata beliau, isteri dan anaknya mula memulakan langkah pertama dengan menjaga pemakanan, jika dahulu mereka sekeluarga gemar menikmati pelbagai hidangan walaupun perut sudah kenyang terisi, namun kini mereka sekeluarga hanya makan ketika berasa lapar.

    Bukan itu sahaja, mereka semakin kurang makan di luar dan mula meluangkan masa untuk memasak hidangan sendiri yang lebih berkhasiat selain melakukan banyak gerakan dan senaman ringan.

    Kata Zulkifli, bukan mudah untuk seseorang mengubah gaya hidup yang telah menjadi rutin dan sebati dengan kehidupan seharian, namun kerana kesedaran untuk menyelamatkan diri daripada menghidap pelbagai penyakit menjadikan beliau tekad untuk mendapatkan berat badan ideal untuk sihat.

    "Kos yang perlu dibayar ialah sokongan keluarga. Saya bertuah kerana bukan saya seorang sahaja yang nak sihat, isteri dan anak saya pun menerima kesedaran yang sama menyebabkan kami berusaha bersama-sama untuk sihat.

    "Bila semua nak kurus dan sihat, mudahlah, masing-masing pakat berlumba siapa yang cepat turun.

    "Bila ada yang sedikit "down", adalah yang akan bagi semangat. Betapa pentingnya sokongan keluarga," katanya.

    Bagaimanapun kata Zulkifli, menjaga pemakanan tidak bermakna beliau dan keluarga terpaksa mengorbankan segala makanan yang digemari sebelum ini kerana mereka tetap menikmatinya namun dalam kuantiti yang sedikit.

    "Apa yang penting kami tidak mengeluarkan kos yang tinggi sehingga berpuluh ribu ringgit untuk menjadi sihat, hanya azam, semangat dan sokongan keluarga yang menjadi kos untuk kami mengubah gaya hidup dan menjadi lebih sihat," katanya.

    Turun berat badan

    Dalam tempoh enam bulan, usaha mereka bertiga semakin membuahkan hasil apabila beliau berjaya menurunkan berat kepada 90 kilogram daripada 113.6 kilogram, isterinya seberat 65 kilogram daripada 77.5 kilogram dan anaknya turun kepada 69 kilogram daripada 90 kilogram.

    Zulkifli berkata, stigma kebanyakan masyarakat yang menganggap makanan sihat adalah makanan yang tidak sedap perlu dibuang jauh.

    Sebenarnya makanan sihat adalah makanan paling sedap dan lebih unik daripada makanan biasa yang tidak berkhasiat, katanya.

    "Terdapat banyak resipi yang lebih unik boleh dibuat, macam kami terasa nak makan ayam goreng, kami salutkan dengan oat, rasanya lebih rangup dan enak. Apa yang penting ubah pemikiran dan binalah azam.

    Beliau berkata, adalah penting bagi orang ramai menyedari bahawa untuk menguruskan badan dan hidup secara sihat tidak memerlukan kos yang banyak.

    Zulkifli menyambut baik sesiapa sahaja yang mahukan tips dan sokongan bagaimana untuk menurunkan berat badan e-mel zulkiflimohamad2009@gmail.com.

    Memperkasa ibu tunggal

    Posted: 18 May 2011 08:02 PM PDT


    DJ Lin


    SEBAGAI sebahagian daripada usaha berterusannya untuk memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia, Proton Persona menerusi syarikat pengedarannya, Proton Edar Sdn. Bhd., telah melancarkan kempen 'Persona, Sememangnya Lebih Sempurna' baru-baru ini.

    Melalui kempen tersebut, tiga penyampai radio telah dilantik menjadi duta Persona yang terdiri daripada DJ Lin daripada Suria FM, Aanantha (THR Raaga) dan Jack Lim (MY FM) .

    Ketiga-tiga personaliti itu diberi peluang selama lima bulan untuk mendekati rakyat Malaysia dalam usaha memupuk keyakinan diri.

    Dalam masa yang sama, mereka turut dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan program sendiri yang diwujudkan berdasarkan pengalaman hidup masing-masing.

    Untuk itu, baru-baru ini bertempat di ibu negara, telah berlangsungnya program DJ Lin dan Pertubuhan Ibu Tunggal Islam.

    Dalam program tersebut, Lin yang juga merupakan seorang ibu tunggal memberi kata-kata semangat dan secara tidak langsung membantu ibu-ibu tunggal mengatasi cabaran yang mereka hadapi.

    Tidak ketinggalan Lin turut berkongsi pengalaman dan rintangan yang dilaluinya selama lima tahun sebagai ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata.

    Kempen yang berlangsung selama tiga jam itu turut mengetengahkan Roslina Jantan, seorang pakar motivasi dalam segmen motivasi dan demonstrasi make up dan penampilan diri daripada Cleo Studio.

    Yang pasti, kempen seperti itu dapat meningkatkan semangat kepada ibu-ibu tunggal di Malaysia untuk terus melangkah ke hadapan dalam hidup dan jangan sesekali menyerah kalah.

    Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen 'Persona, Sememangnya Lebih Sempurna' dan cara bagaimana untuk menyertainya, bolehlah layari laman web www.protonpersona.com.my.

    1,629 murid SKBU2 meraikan 93 guru

    Posted: 18 May 2011 08:01 PM PDT


    PARA pelajar menghias wajah guru Zaharuddin Yusof (kiri) Isa Jupri, Hanafiah Sofian dan Arizal Aziz (kanan) sempena Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 (SKBU2), Johor Bahru, semalam.


    JOHOR BAHRU 18 Mei - Walaupun sambutan Hari Guru telah berlalu, namun kehangatannya masih dirasai.

    Hari ini, seramai 1,629 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 (SKBU2) meraikan 93 guru sekolah itu dengan pelbagai acara menarik.

    Antara yang menjadi tumpuan ramai apabila murid-murid menata rias wajah empat guru mereka iaitu Mohd. Arizal Abd. Aziz, Hanafiah Sapuan, Isa Jupri dan Zaharuddin Md. Yusuf.

    Guru Besar SKBU2, Fuziah Hasan berkata, selain itu, pihaknya turut mengadakan pertandingan pakaian beragam dan makan buah limau.

    "Sebagai tanda menghargai sumbangan dan pengorbanan guru mendidik anak bangsa, kita turut memberikan Anugerah Guru berdasarkan beberapa kategori," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Anugerah 'Guru Vouge' dimenangi beliau, manakala tempat kedua diraih Azizah Ahmad. Bagi kategori 'Guru Kelakar' dimenangi oleh Mohd. Arizal Abd. Azizi dan tempat kedua dimenangi Habibah Saring.

    Anugerah 'Guru Cool' pula diraih Norliza Darmin dan tempat kedua dimenangi Shahrul Izwan A. Rahman manakala 'Guru Garang' dimenangi Kua Chan Yong dan kedua K. Chandralegah.

    Turut hadir memeriahkan majlis itu ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKBU 2, Zarin Saniman dan Naibnya, Datuk Yahya Jaafar.

    Deraian air mata terima diploma anak

    Posted: 18 May 2011 08:00 PM PDT


    Yatim Ahmad bersama Kalsom Daud dan rakan-rakan Allahyarham Yusra melihat ijazah yang tidak sempat diterimanya pada Konvokesyen Universiti Teknologi Mara, Arau, Perlis, semalam.


    ARAU 18 Mei - Ketika graduan lain melangkah dengan bangga untuk menerima diploma dan ijazah masing-masing pada Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, Yatim Ahmad pula dilihat menangis kesedihan mengambil diploma bagi pihak anaknya yang meninggal dunia 8 Mac lalu.

    Hanya deraian air mata mengiringi langkahnya untuk mengambil Diploma Pengajian Sukan Allahyarham Yusra Yatim, 25, yang meninggal dunia akibat kanser limfoma.

    Yatim, 56, ditemani isterinya, Kalsom Daud, 52, serta anak bongsunya, Muhammad Rasul, 19, merupakan antara ibu bapa dan 833 graduan yang hadir sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-74, di sini hari ini.

    Menurut Yatim, Yusra merupakan atlet yang pernah mewakili negara dalam sukan ragbi bawah 21 tahun dan mewakili UiTM dalam sukan bola baling di Vietnam, meninggal dunia setelah tiga tahun bertarung dengan penyakit itu.

    "Sejak 2008 dia telah dimasukkan ke tiga hospital iaitu Hospital Langkawi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah dan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar akibat penyakit itu sehingga menyebabkan dia hanya mampu bergerak menggunakan tongkat dan kerusi roda," katanya selepas istiadat berkenaan.

    Namun, katanya, anak ketiga daripada empat beradik itu tidak pernah berputus asa untuk hidup malah sanggup menduduki peperiksaan akhir tahun lalu dengan berkerusi roda akibat keadaan kesihatan yang semakin merosot.

    "Yusra sepatutnya tamat pengajian pada 2008 namun ketika hendak menduduki peperiksaan akhir pada tahun tersebut, dia secara tiba-tiba jatuh sakit dan terlantar di hospital. Setelah mendapat rawatan di ketiga-tiga hospital terlibat, doktor mengesahkan dia menghidap kanser berkenaan," katanya.

    Menurutnya, pada 2009 mereka mendapatkan rawatan perubatan secara Islam dan Yusra mampu berjalan secara perlahan-lahan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan namun kesihatannya kembali merosot pada awal tahun ini.

    Yatim yang bertugas sebagai pemandu Klinik Kesihatan Kuah, Langkawi, amat berterima kasih kepada pihak pengurusan UiTM yang sudi menanggung semua kos perubatan anaknya di ketiga-tiga hospital berkenaan.

    Dalam pada itu, katanya, anaknya yang merupakan pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, amat disenangi oleh kawan-kawan dan keluarga kerana sikapnya yang suka menolong.

    "Dua hari sebelum dia meninggal dunia, arwah ada bercerita bermimpi akan pergi meninggalkan keluarganya dan akan tidur lama malah pada masa itu dia sering meminta saya mengajarnya kalimah syahadah, selawat Nabi SAW dan doa Nabi Yunus," katanya.

    Yatim berkata, anaknya menghembuskan nafas terakhir di rumah mereka di Perumahan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Kuah, Langkawi.

    Graduan jangan jadi usang - Rahman Arshad

    Posted: 18 May 2011 07:59 PM PDT


    Abdul Rahman Arshad menyampaikan ijazah kepada seorang graduan sambil disaksikan Khudzir Ismail (duduk, kiri) pada Istiadat Konvokesyen Ke-74 Universiti Teknologi Mara di Arau, Perlis, semalam.


    ARAU 18 Mei - Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad mengingatkan graduan diploma dan ijazah agar tidak menjadi 'usang' dengan ilmu yang mereka peroleh sekarang.

    Beliau berkata, graduan seharusnya menjadi matang dengan berusaha meningkatkan pencapaian akademik dan ilmu sejajar dengan perubahan dunia.

    "Kita hidup bersama matang bukan usang, justeru jangan fikir dengan ijazah dan diploma yang dimiliki, sudah tidak ada cabaran lagi kerana ilmu pengetahuan berkembang, apa yang kita tahu untuk hari ini esok mungkin tidak digunakan," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke- 74 di UiTM Perlis di sini hari ini yang turut dihadiri Rektor UiTM Perlis, Prof. Dr. Khudzir Ismail.

    Abdul Rahman juga melahirkan kebimbangan berikutan lambakan graduan diploma yang akan menjurus kepada pengangguran dalam kalangan graduan tersebut.

    "Saya bimbang ia menjadi seperti lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang suatu ketika dahulu senang untuk memperoleh pekerjaan tetapi sekarang amat payah sekali."

    "Buat masa ini graduan diploma laku di pasaran namun pada masa akan datang kita tidak tahu, justeru saya berharap sekeping kertas diploma ini bukan sebagai penghabisan namun anggaplah ia sebagai permulaan untuk maju," katanya.

    Tegas Abdul Rahman, dengan segulung diploma tidak mencukupi untuk menghadapi cabaran sekarang dan graduan pasti akan kalah, justeru peluang untuk melakukan peningkatan dalam hidup amat luas terutama dengan penawaran pelbagai program di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

    Kata beliau, graduan juga harus menjadi jaguh dalam karier masing-masing dan menjadi sebutan di peringkat antarabangsa.

    Sementara itu, seramai 834 graduan iaitu 254 graduan ijazah dan 580 graduan diploma diraikan dalam istiadat konvokesyen selama dua hari bermula hari ini.

    Mereka terdiri daripada graduan Fakulti Perakaunan, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi serta Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.

    Seramai 29 graduan ijazah sarjana muda dan diploma menerima Anugerah Naib Canselor pada istiadat konvokesyen kali ini.

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    Che Syaedah

    Copyright 2010 All Rights Reserved